Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

6 maut dalam kes tembak-menembak di New Jersey

Dec 11, 2019 | 10:30 AM



NEW YORK: Sekurang-kurangnya enam orang maut termasuk seorang pegawai polis dan dua suspek penyerang dalam kejadian berbalas tembakan di kedai runcit di New Jersey semalam (Selasa, 10 Dis).



Keadaan memaksa polis menutup kawasan sekolah, kata pegawai dan media tempatan.



Lima orang - tiga orang awam dan dua suspek - diisytiharkan meninggal dunia dalam kedai dan seorang detektif polis juga meninggal dalam kejadian berbalas tembakan membabitkan penggunaan ratusan peluru, kata Ketua Polis Michael Kelly.



Media tempatan melaporkan kejadian berlaku di atau berhampiran Pasar Raya JC Kosher, walaupun polis berkata tiada bukti pertumpahan darah itu berkaitan keganasan.



“Dua lagi anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam kejadian tetapi dalam keadaan stabil,” kata Pejabat Pendakwa Raya Hudson dalam Twitter.



Pegawai yang terbunuh ialah bapa kepada lima anak, kata polis.



Ketegangan memaksa ramai anggota penguat kuasa undang-undang ditempatkan dengan pasukan SWAT dan ejen persekutuan bergegas ke lokasi kejadian selain pasukan keselamatan dari Jabatan Polis New York City. — Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >