Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

6 militan Palestin gali lubang untuk loloskan diri dari jel Israel

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Seramai enam anggota militan Palestin kelmarin melarikan diri dipercayai menerusi lubang yang digali dari penjara Israel yang mempunyai tahap keselamatan tinggi.



Pasukan keselamatan Israel melakukan pencarian di utara Israel setelah petani memberitahu polis mengenai kelibat mencurigakan di ladang mereka pada awal pagi.



Polis kemudian memaklumkan pegawai di Penjara Gilboa, yang mendapati bahawa lelaki itu telah melepaskan diri.



Beberapa jam selepas banduan itu melarikan diri, pegawai penjara memindahkan beberapa tahanan lain - warga Palestin yang disabitkan atau disyaki melakukan kegiatan anti-Israel termasuk serangan yang mengorbankan nyawa - ke penjara lain, atas kebimbangan bahawa lubang serupa telah digali.



Lima pelarian itu merupakan anggota gerakan Jihad Islam dan seorang lagi merupakan bekas komandan kumpulan bersenjata yang bergabung dengan parti aliran utama Fatah, kata Perkhidmatan Penjara.



Seramai empat daripada mereka sedang menjalani hukuman seumur hidup setelah mereka disabitkan atas tuduhan merancang atau melakukan serangan yang membunuh orang Israel.



Seorang lelaki lain ditahan di bawah perintah penahanan khas, dan pelarian keenam sedang menunggu keputusan perbicaraannya.



Pejabat Perdana Menteri Naftali Bennett berkata dia telah berbicara dengan menteri keselamatan dalaman Israel dan "menekankan bahawa ini adalah insiden serius yang memerlukan usaha menyeluruh oleh pasukan keselamatan" untuk mencari pelarian itu.



Jurucakap polis berkata pasukan keselamatan percaya pelarian itu mungkin berusaha untuk ke Tebing Barat yang diperintah secara terbatas oleh Penguasa Palestin, atau sempadan Jordan sekitar 14 kilometer ke arah timur.



Di Gaza, penyokong Jihad Islam memberikan gula-gula di jalan raya kepada pemandu kenderaan dan pejalan kaki untuk meraikan tawanan yang melepaskan diri itu.



"Hari ini, pahlawan Jihad Islam mencapai kemenangan baru di Penjara Gilboa. Kemenangan ini merosakkan imej penjajah," kata pegawai Jihad Islam Khamees El-Haitham di Gaza.



Satu video yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Penjara Israel menunjukkan pihak berkuasa memeriksa lubang yang digali oleh tahanan berdekatan dengan tandas sel.



Komandan utara Perkhidmatan Penjara, Encik Arik Yaacov, berkata tahanan itu, setelah melarikan diri melalui lubang tersebut, menggunakan laluan yang dibina oleh pembina penjara untuk melepaskan diri.



Kemudahan itu, kira-kira empat kilometer dari sempadan dengan Tebing Barat yang dijajahi, ialah antara penjara dengan tahap keselamatan tertinggi di Israel. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >