Topik diikuti
Pergi ke BHku60 orang dikhuatiri mati selepas sekolah di Ukraine diletupkan Russia

60 orang dikhuatiri mati selepas sekolah di Ukraine diletupkan Russia
KYIV - Sehingga 60 orang dikhuatiri terkorban dalam satu pengeboman oleh Russia di sebuah sekolah kampung di bahagian timur Ukraine, Luhansk, kata gabenor serantau pada Ahad (8 Mei).
Gabenor Serhiy Gaidai berkata tentera Russia telah mengebom sekolah itu yang menempatkan sekitar 90 orang yang sedang berlindung, pada tengah hari Sabtu serta menyebabkan api kebakaran menyelubungi bangunan itu.
Encik Gaidai menulis di Telegram bahawa api kebakaran dipadamkan selepas hampir empat jam dan timbunan kemusnahan dapat dibersihkan manakala dua mayat ditemui.
Selain itu, 30 orang dipindah daripada kemusnahan itu, yang mana tujuh daripadanya tercedera.
"60 orang mungkin terkorban di bawah kemusnahan bangunan itu," tulis beliau.
Agensi berita Reuters tidak dapat segera mengesahkan laporan itu
Ukraine dan dunia Barat telah menuduh tentera Russia menyasarkan orang awam dan jenayah peperangan - dakwaan yang ditolak Moscow.