Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

600 kakitangan KLIA dipindah, ada disyaki terlibat dalam penyeludupan warga asing

Dec 16, 2017 | 3:08 PM
dc4cc589-aee6-44ae-ae62-a1cd674bc820
-

PUTRAJAYA: Sekitar 600 kakitangan Imigresen dipindahkan dari stesen Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) selepas disyaki terbabit dalam penyeludupan warga Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya segelintir daripada mereka terlibat dengan sindiket yang memanfaatkan "rakan mereka di imigresen" untuk membawa masuk lebih ramai rakyat Bangladesh ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bilangan sebenar pekerja yang dipindahkan kerana disyaki terlibat dengan sindiket.

Pemindahan pegawai-pegawai lain selaras dengan dasar pusingan perkhidmatan awam seperti yang dinyatakan, menurut Datuk Seri Ahmad Zahid.

Beliau berkata selepas menyiasat aktiviti itu, jabatan tersebut mengambil tindakan segera untuk memindahkan kakitangan, sementara siasatan dijalankan.

"Saya gembira dengan cara Ketua Pengarah (Datuk Seri Mustafar Ali) berurusan dengan isu ini, beberapa pegawai yang melanggar undang-unadng dan bekerja dengan sindiket, akan ditangani.

"Kita tidak seharusnya lupa bahawa beribu-ribu kakitangan imigresen yang lain berdedikasi dan cekap dalam kerja mereka," katanya selepas mempengerusikan jawatankuasa pekerja asing dan pendatang haram semalam.

Dr Ahmad Zahid berkata sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan, lima yang lain, termasuk dua pegawai imigresen KLIA, ditahan Khamis lalu untuk membantu siasatan. Yang lain merupakan orang awam, termasuk dua warga asing.

Tujuh orang ditangkap secara keseluruhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg