60,000 jemaah wukuf di Arafah, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

60,000 jemaah wukuf di Arafah

Jul 20, 2021 | 05:30 AM

MAKKAH: Seramai 60,000 umat Islam berkumpul di padang Arafah atau Jabal Rahmah pada Hari Arafah semalam (19 Julai), yang merupakan kemuncak ibadah haji.

Para jemaah haji yang berada di situ dan umat Islam di seluruh dunia mendengar khutbah Hari Arafah yang disiarkan secara langsung di portal Manaratalharamain semalam yang diterjemahkan ke dalam 10 bahasa termasuk bahasa Melayu.

Khutbah Arafah dari Masjid Namirah itu disampaikan oleh Syaikh Dr Bandar Abdul Aziz Balilah dan turut diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Persia, Rusia, Banggali, Cina, Turkey dan Hausa.

Menurut kenyataan Projek Terjemahan Khutbah Arafah, Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah diamanahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga Penjaga Dua Tanah Suci bagi melaksanakan projek berkenaan.

"Projek ini bagi menyempurnakan kesungguhan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah haji selain menyampaikan khutbah dengan lebih meluas.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Program ini disiarkan secara audio di portal Manaratalharamain dan boleh diakses jemaah haji di Padang Arafah serta seluruh dunia," kata kenyataan tersebut.

Jemaah haji yang tiba di Tanah Suci Makkah mulai minggu lalu mula menunaikan ibadah dengan mematuhi peraturan ketat meliputi pemakaian pelitup muka dan amalan jarak fizikal bagi mengekang risiko penularan Covid-19.

Selepas menaiki bas ke Masjidil Haram, jemaah haji mula mengerjakan tawaf ketibaan, dengan kebanyakan mereka membuka payung untuk berlindung daripada cuaca panas terik.

"Setiap tiga jam, seramai 6,000 jemaah masuk untuk menunaikan tawaf ketibaan.

"Apabila setiap kumpulan itu beredar, proses sanitasi akan dilakukan," kata jurucakap Kementerian Haji, Encik Hisham al-Saeed, kepada agensi berita AFP.

Masyarakat Islam di Singapura menyambut ketibaan Hari Raya Haji atau Aidiladha hari ini (10 Zulhijah) bersama-sama 1.9 bilion penganut Islam sedunia dengan golongan berkemampuan melaksanakan ibadah korban, menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta pada hari ini dan tiga hari tasyrik (11-13 Zulhijjah) untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin - agar rezeki dapat dinikmati bersama.

Menyusuli pandemik Covid-19, bilangan jemaah haji tahun ini telah dikurangkan - namun jauh lebih tinggi berbanding hanya 1,000 jemaah sahaja tahun lalu - dengan hanya penduduk yang sudah menerima suntikan imunisasi lengkap boleh memohon dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji.

Sebelum pandemik Covid-19 berlaku, jumlah jemaah haji pada 2019 sahaja adalah hampir 2.5 juta orang.

Kerajaan Arab Saudi berusaha mengulangi kejayaan seperti tahun lalu dengan tiada sebarang penularan Covid-19 direkodkan sepanjang tempoh lima hari ibadah itu berlangsung.

Tahun ini, 60,000 jemaah terdiri daripada penduduk dan warga Arab Saudi dibenarkan menunaikan haji.

Antara yang terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini ialah ahli farmasi warga Mesir, Encik Mohammed El Eter, 31 tahun.

"Ini adalah detik sangat istimewa dan tidak mungkin dapat dilupakan dalam seumur hidup.

"Saya amat bersyukur kerana Allah swt mengurniakan peluang ini kepada saya dalam kalangan begitu ramai yang memohon," katanya.

Dalam pada itu, Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh, memuji usaha yang dilakukan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam memberikan layanan kepada tetamu Allah khususnya ketika kepemimpinan negara berusaha menangani wabak Covid-19.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Autoriti Ulama Kanan dan Presiden Am bagi Penyelidikan Agama dan Fatwa Arab Saudi, menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang bekerja keras bagi menjayakan ibadah haji dengan pelaksanaan langkah pencegahan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji.

Sheikh Abdulaziz turut menasihati jemaah haji mengambil peluang untuk memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Esa atas dosa-dosa sebelum ini sepanjang berada di Tanah Suci. - Agensi

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map