Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'7 kegagalan' kerajaan buat Umno henti sokong Muhyiddin: Zahid

Ujar kerajaan PN gagal tangani Covid-19 dan salah guna perisytiharan darurat, antara lain
Jul 09, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno, parti terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Malaysia, menggariskan tujuh "kegagalan" PN yang memaksa parti itu menarik balik sokongannya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan serta-merta.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu disebabkan kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19 secara berkesan hingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.



Faktor kedua, katanya, ialah kegagalan kerajaan dengan menyalahguna darurat untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara, sekali gus menafikan suara Umno yang membantah proklamasi itu.



"Malah Ordinan Darurat yang kononnya boleh digunakan untuk membantu rakyat ternyata lebih banyak membebankan dengan pelbagai kompaun bersifat 'dwi-standard' dan melampau yang dikenakan ke atas rakyat dalam keadaan mereka sudah sedia terbeban dengan isu penakatan dan kelangsungan hidup.



"(Ketiga) kegagalan kerajaan mempertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela terutama dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan dan segala usaha vaksinasi," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



Datuk Dr Ahmad Zahid berkata demikian pada satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook Umno Online awal pagi semalam.



Beliau berkata faktor keempat ialah kegagalan kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan bagi semua peringkat dan kategori.



"Ini termasuk tuntutan moratorium 2.0 tanpa caj/faedah terakru, dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang lambat dan amat terhad hingga ramai tercicir serta terpaksa melalui karenah birokrasi membebankan," katanya.



Kelima, katanya, kegagalan kerajaan memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri serta gerakan #BenderaPutih adalah satu contoh manifestasi kekecewaan dan bantahan rakyat terhadap kegagalan kerajaan.



"(Keenam) kegagalan kerajaan mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik.



"Indeks Pengendalian Covid-19 yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ketiga paling corot antara 53 negara ekonomi utama," katanya.



Faktor terakhir, katanya, ialah kegagalan kerajaan yang memperkotakkatikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan raja pemerintah hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media serta titah menghadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara.



"Selaku parti yang menjadi benteng utama membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan Umno, Umno tidak boleh berkompromi dengan sikap biadap kerajaan terhadap institusi raja," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >