Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TRAGEDI RUSUHAN DI STADIUM KANJURUHAN, MALANG

7 keluarga mangsa saman pihak bertanggungjawab

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Tujuh keluarga yang sanak saudara mereka maut atau cedera dalam tragedi rusuhan terburuk dalam sejarah bola sepak Indonesia, di mana lebih 170 nyawa terkorban bertindak menyaman pegawai yang dianggap bertanggungjawab.



Rempuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, pada Oktober lalu itu menyebabkan 135 orang terkorban, termasuk lebih 40 kanak-kanak.



Berdasarkan siasatan awal, tragedi itu dipersalahkan khususnya kepada penggunaan gas pemedih mata yang berlebihan oleh pihak polis.



Tuntutan sivil itu turut menyasarkan lapan pihak, termasuk persatuan bola sepak Indonesia, polis negara, penganjur liga PT Liga Indonesia Baru dan pemilik kelab bola sepak Malang Arema FC.



Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, juga disenaraikan sebagai tertuduh bersama.



Seorang peguam, Encik Imam Hidayat, yang mewakili keluarga mangsa berkata mereka menuntut kebertanggungjawaban dan pampasan.



"Kami perlu mempertimbangkan kehidupan keluarga mereka yang meninggal dunia atau cedera parah



"Mereka pada pandangan kami memerlukan pampasan walaupun nyawa tidak boleh ditukar dengan wang," kata Encik Hidayat kepada agensi berita AFP.



Beliau berkata, keluarga mangsa menuntut ganti rugi sekitar 62 bilion rupiah ($5.37 juta) dan saman itu difailkan di mahkamah di Malang pada Rabu lalu.



Jurucakap mahkamah turut mengesahkan kepada AFP berhubung tuntutan saman itu.



Plaintif juga meminta kerajaan membatalkan rancangan untuk merobohkan Stadium Kanjuruhan dengan alasan ia perlu dijadikan muzium sebagai peringatan tragedi berkenaan.



Encik Widodo sebelum ini berjanji untuk membina semula struktur itu mengikut piawaian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).



Dalam kejadian itu, rempuhan berlaku selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton yang penuh sesak apabila penyokong menceroboh padang pada penghujung perlawanan liga antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.



Pemerintah Indonesia menangguhkan liga perlawanan bola sepak selepas nahas itu, tetapi ia disambung semula awal bulan ini tanpa kehadiran peminat di tempat penonton.



Selain itu, Encik Hidayat yang juga sebahagian daripada pasukan penasihat guaman bagi mereka yang terjejas akibat tragedi itu turut menghantar surat kepada Encik Widodo menuntut penubuhan pasukan penyiasat bebas oleh polis bagi memastikan siasatan yang telus dan objektif.



Selepas siasatan yang diketuai polis, enam individu termasuk tiga pegawai polis didakwa kerana cuai dan menyebabkan kematian.



Bagaimanapun, pada Rabu lalu, polis membebaskan seorang suspek iaitu bekas Pengarah PT Liga Indonesia Baru, selepas dia ditahan untuk tempoh maksimum tanpa pertuduhan.



Media tempatan memetik seorang pegawai polis yang berkata individu terbabit kekal sebagai suspek.



Pasukan petugas yang menyiasat rempuhan sebelum ini menggesa ketua persatuan bola sepak dan semua ahli jawatankuasa eksekutifnya meletak jawatan, tetapi mereka masih kekal dengan jawatan masing-masing, begitu juga dengan polis kanan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >