Premium
7 maut dalam serangan ganas di London
3 suspek ditembak mati dalam serangan rempuhan van, tikam pejalan kaki di London Bridge dan pasar Borough
Jun 5, 2017 | 5:30 AM
SUSPEK DITEMBAK MATI: Salah seorang suspek yang memakai jaket bunuh diri palsu ditembak mati polis di Borough Market di London kelmarin. - Foto AFP -
LONDON: Seramai tujuh orang awam maut dalam serangan pengganas dan tiga penyerang ditembak mati oleh polis menyusuli kejadian rempuhan van di London Bridge dan serangan di sebuah restoran di pasar Borough kelmarin.
Pegawai polis bersenjata melepaskan tembakan dalam serangan Sabtu malam selepas sebuah van merempuh pejalan kaki dan penyerang menikam orang awam.

