7 orang cedera dalam serangan tikaman di Paris
Sep 10, 2018 | 11:29 AM
SERANGAN DI PARIS: Penyiasat polis di tempat kejadian selepas tujuh orang cedera dalam serangan tikaman di pusat bandar Paris. - Foto REUTERS
PARIS: Seramai tujuh orang, termasuk dua pelancong dari Britain, cedera selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan pisau dan sebatang besi di Paris semalam (9 September), menurut polis dan sumber lain.
Polis berkata empat daripada tujuh orang itu kini berada dalam keadaan kritikal.
Menurut sumber, suspek dalam kejadian itu telah ditangkap dan dipercayai merupakan warga Afghanistan.
"Sejauh ini, tiada tanda yang menunjukkan bahawa serangan itu bersifat pengganasan," kata sumber tersebut.
Kejadian itu berlaku sekitar 11 malam di tebing terusan di timur laut ibu kota itu. -AFP

