Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 selebriti M'sia dikenakan kompaun kerana langgar SOP PKPB sewaktu hadiri majlis buka puasa

Jun 22, 2021 | 7:02 PM
Foto TANGKAP LAYAR/BERITA HARIAN MALAYSIA
Foto TANGKAP LAYAR/BERITA HARIAN MALAYSIA -

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh selebriti dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 pada April lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata enam individu masing-masing dikompaun RM1,500 ($485.34) kerana tidak memakai pelitup muka manakala penganjur yang juga seorang selebriti dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis diadakan.

"Semua yang terlibat telah dikompaun pada Isnin (21 Jun) dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM19,000," katanya dalam kenyataan pada Selasa (22 Jun).

Beliau berkata keputusan mengenakan kompaun terhadap semua individu itu dibuat selepas pihaknya menerima kembali kertas siasatan kes daripada pejabat Peguam Negara pada Isnin.

Pada 2 Mei lalu, polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bukit Bintang yang turut dihadiri beberapa artis.

Siasatan turut dilakukan selepas gambar penganjuran majlis berkenaan tular di media sosial yang memaparkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri majlis berkenaan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg