75% penduduk New South Wales sudah terima 1 dos vaksinasi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

75% penduduk New South Wales sudah terima 1 dos vaksinasi

Sep 9, 2021 | 5:30 AM

75% penduduk New South Wales sudah terima 1 dos vaksinasi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DEMI KESELAMATAN: Penduduk Sydney dilihat memakai pelitup sedang mereka keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan. - Foto EPA-EFE
DEMI KESELAMATAN: Penduduk Sydney dilihat memakai pelitup sedang mereka keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan. - Foto EPA-EFE -

SYDNEY: Kira-kira 75 peratus penduduk berusia lebih 16 tahun di New South Wales (NSW), Australia, kini telah diberi sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi, namun kes jangkitan baru Covid-19 mencatat kenaikan pertama di negeri itu dalam tempoh tiga hari.

Australia telah mengenakan sekatan pergerakan ketat ke atas Sydney dan Melbourne, dua bandar terbesarnya, setelah wabak daripada varian Delta yang mudah berjangkit menular pada Jun lalu, mengakhiri tempoh berbulan-bulan dengan sedikit atau tidak ada penularan dalam masyarakat.

Negara itu kini berhasrat untuk hidup dengan, bukan menghapuskan, virus itu setelah mencapai perlindungan vaksin yang luas sekitar 70 peratus daripada penduduk dewasa yang berjumlah 20.6 juta - satu matlamat yang diharap dapat dicapai pada awal November berdasarkan pada kadar vaksinasi semasa.

NSW semalam melaporkan 1,480 kes dalam masyarakat, meningkat daripada 1,220 sehari sebelumnya, sementara kes di negeri jiran Victoria merosot kepada 221 daripada 246.

Sembilan kematian baru dicatatkan namun dengan peningkatan tahap vaksinasi dalam kalangan penduduk paling berisiko bermakna kadar kematian wabak semasa adalah 0.41 peratus, di bawah penularan sebelumnya.

Australia secara umumnya telah dapat menghindari jumlah koronavirus tinggi yang dilihat di banyak negara maju lain melalui sekatan pergerakan dan sempadan yang ketat, dengan 66,300 kes jangkitan dan 1,061 kematian dilaporkan sepanjang wabak ini.

Sedang negara itu bersiap untuk kemungkinan menamatkan sekatan pergerakan ketat di dua kota terbesarnya, kerajaan sedang menimbangkan penggunaan sijil vaksinasi buat perjalanan antarabangsa mulai bulan depan, lapor Sydney Morning Herald dalam satu laporan tanpa menyebut sumbernya.

Warga Australia kini dilarang meninggalkan negara itu kecuali mendapat pengecualian, sementara pengembara yang tiba ke negara itu dimestikan menjalani kuarantin hotel selama dua minggu dengan perbelanjaan mereka sendiri. Satu pemodelan pandemik terbaru oleh Burnet Institute menunjukkan tanpa sekatan pergerakan atau pemberian vaksin yang cepat, terdapat kira-kira 590,000 lebih banyak kes dan 5,800 kematian di 12 kawasan kejiranan barat Sydney yang dilanda jangkitan teruk selama enam bulan hingga Disember.

Setakat ini, 139 kematian dan hampir 30,500 kes dilaporkan sejak kes pertama dikesan pada 16 Jun di negeri itu. Sementara itu, kes jangkitan harian Covid-19 di Sydney mulai turun namun masih kekal pada angka tinggi sedang wabak itu mendorong kenaikan kadar vaksinasi di pinggiran barat kota terbesar di Australia.

Sebelum ini, pegawai kerajaan telah berjanji kepada penduduk di Sydney - pusat penularan koronavirus terburuk di Australia - lebih banyak kebebasan apabila kadar vaksinasi mencapai, pertama, 70 peratus, dan kemudian 80 peratus, sedang sekatan pergerakan yang memasuki minggu ke-11 dilihat masih belum dapat mengawal penularan virus varian Delta. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg