Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

8 didakwa seludup monyet terancam dari Asia

Nov 19, 2022 | 05:30 AM



FLORIDA: Pendakwa persekutuan telah mendakwa lapan orang setelah menjalankan operasi penyeludupan monyet antarabangsa di mana ratusan primat terancam telah dicuri dari hutan Asia Tenggara dan dihantar ke Amerika Syarikat untuk tujuan penyelidikan, kata Jabatan Kehakiman Rabu lalu.



Dua daripada yang didakwa, Omaliss Keo, 58 tahun, dan Masphal Kry, 46 tahun, adalah pegawai hidupan liar Kemboja yang telah mengkhianati tugas mereka untuk melindungi spesies terancam, kata pendakwa persekutuan.



Sebaliknya, mereka mengambil bayaran daripada konspirator untuk memudahkan skim yang berkaitan spesies kera ekor panjang atau crab-eating macaques, menurut Pejabat Peguam Amerika di daerah selatan Florida.



Primat kera ekor panjang itu bersaiz kecil yang tinggal berhampiran air dan tanah lembap di Asia Tenggara, dilindungi oleh undang-undang perdagangan antarabangsa.



Permit diperlukan untuk membawa kera tersebut ke Amerika, di mana mereka sering digunakan untuk penyelidikan bioperubatan dan farmaseutikal.



Tetapi pendakwa berkata bahawa lapan konspirator itu mendapat kera tersebut dari taman-taman negara dan kawasan-kawasan yang dilindungi di Kemboja, lalu melekatkan label palsu "haiwan yang diternak".



Setiap seorang daripada lapan orang itu didakwa dengan satu tuduhan berkomplot dan tujuh tuduhan menyeludup.



Selain pegawai Kemboja, mereka yang didakwa merupakan James Man Sang Lau, 64 tahun, Dickson Lau, 29 tahun, dan Sunny Chan, kesemuanya dari Hong Kong.



Baki tiga lagi berasal dari Kemboja, iaitu Raphael Cheung Man, 71 tahun, Hing IP Chung, 61 tahun dan Sarah Yeung.



Dakwaan penyeludupan masing-masing membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara manakala dakwaan konspirasi membawa hukuman maksimum lima tahun.



Jika disabit kesalahan, tertuduh juga boleh didenda sehingga AS$250,000 ($340,000) - atau diganda keuntungan kewangan yang diraih semasa skim itu, kata pendakwa raya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >