Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 warga Filipina diselamat dari sindiket tipu kripto di Myanmar

Feb 14, 2023 | 5:30 AM
MANGSA SINDIKET: Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang tiba di Kuala Lumpur pada 21 Disember 2022. - Foto AFP
MANGSA SINDIKET: Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang tiba di Kuala Lumpur pada 21 Disember 2022. - Foto AFP -

LAPAN warga Filipina yang diperdagangkan ke Myanmar untuk bekerja sebagai buruh hamba dalam penipuan mata wang kripto di sana telah diselamatkan, kata Kementerian Luar Filipina pada Isnin.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata empat daripada mereka yang diselamatkan - kesemuanya lelaki - telah diambil bekerja secara dalam talian dari Dubai.

Mereka diberitahu bahawa mereka akan digajikan sebagai "wakil sokongan pelanggan" untuk sebuah syarikat di Thailand.

Mereka telah diterbangkan ke Thailand, tetapi kemudiannya diseludup ke Myanmar, di mana mereka dipaksa bekerja untuk sindiket yang menjalankan penipuan mata wang kripto.

Empat wanita pula telah ditangkap dan ditahan ketika mereka sedang dipindahkan dari Thailand ke Myanmar.

Kesemua lapan mangsa tiba di Manila pada awal Isnin.

Pemangku Timbalan Setiausaha Asing, Encik Eduardo Jose de Vega berkata rakyat Filipina yang mencari pekerjaan di luar negara harus berhati-hati dengan pekerjaan palsu yang ditawarkan melalui media sosial.

Sindiket berkaitan telah memperdagangkan pekerja dari merata Asia Tenggara untuk menyemarakkan operasi penipuan siber di Myanmar, Laos dan Kemboja.

Sebelum ini pada minggu lalu, lima rakyat Malaysia yang mendakwa telah diperdayakan untuk ke Myanmar dan dipaksa bekerja dalam sindiket penipuan siber, telah diselamatkan.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 1,000 rakyat Malaysia masih ditahan di perbandaran Myawaddy Myanmar yang terkenal sebagai pusat jenayah kerana kes penipuan yang serupa. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg