Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

87,000 mangsa gempa China bertahan dalam cuaca sejuk membeku

Dec 21, 2023 | 01:34 PM



JISHISHAN (China): Kira-kira 87,000 orang dipindahkan dari rumah yang rosak di barat laut China, berikutan gempa bumi besar awal minggu ini.


Dipercayai berpuluh-puluh individu masih hilang selepas gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda barat laut wilayah Gansu pada 18 Disember.

Bagaimanapun pengguna media sosial menerusi aplikasi Weibo mempersoalkan proses operasi dan menyelamat susulan gempa itu.

Media China melaporkan kerja mencari dan menyelamat di Gansu tamat pada 19 Disember sekitar 3 petang waktu tempatan.

Ia ditamatkan selepas 15 jam bencana melanda kawasan terpencil dan pergunungan berhampiran sempadan wilayah Gansu dan Qinghai.

Mereka menghadapi cuaca sejuk, dengan jumlah kematian akibat bencana itu melebihi 130 orang, kata pihak berkuasa tempatan dan laporan media pada 21 Disember.

Media tempatan melaporkan “individu yang terperangkap di bawah runtuhan yang terdedah kepada suhu berpanjangan iaitu -10° Celsius menghadapi risiko hipotermia yang cepat dan mungkin hanya boleh hidup selama lima hingga 10 jam walaupun tidak mengalami kecederaan”.

Hipotermia merujuk kepada keadaan suhu badan yang jauh lebih rendah daripada paras normal. Ia boleh menyebabkan pitam, pengsan dan sebagainya.

“Mereka pasti sudah mati ketika ditemui, malah 24 jam sudah terlalu lama. Suhu luar adalah di bawah -10° Celsius,” komen seorang pengguna di aplikasi Weibo.

Gempa bumi yang melanda sekitar tengah malam 18 Disember di daerah Jishishan di Wilayah Gansu China, mencederakan kira-kira 1,000 orang di wilayah itu dan Qinghai, di mana sekurang-kurangnya 12 penduduk masih hilang.

Untuk memastikan mangsa yang dipindahkan tetap hangat apabila suhu jatuh -10° Celsius, pihak berkuasa tempatan di Gansu telah menyediakan tempat perlindungan, dengan kira-kira 7,000 peralatan pemanas, seperti dapur yang dibakar menggunakan arang batu.

Lebih 207,000 rumah musnah, hampir 15,000 runtuh di Gansu selain menjejas lebih 145,000 penduduk di situ dengan prasarana berkaitan air, elektrik dan jalan raya rosak, lapor Kyodo News.


Pemerintah China telah memperuntukkan 250 juta yuan ($35 juta) untuk kawasan yang dilanda gempa bumi, untuk menyokong pemulihan kecemasan dan pembinaan prasarana serta kemudahan perkhidmatan awam.

Sementara itu, Parti Komunis yang memerintah, memutuskan untuk menawarkan 100 juta yuan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >