Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

9 penceroboh insiden Lahad Datu dipenjara seumur hidup

Jul 26, 2016 | 4:43 PM
SERANGAN BERDARAH: Tindakan sekumpulan warga Filipina yang menyokong seorang lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III lalu menyerang dan menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah, telah menyebabkan lebih 30 orang, termasuk anggota polis terbunuh, dalam kejadian yang berlaku pada Februari 2013. - Foto FAIL
SERANGAN BERDARAH: Tindakan sekumpulan warga Filipina yang menyokong seorang lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III lalu menyerang dan menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah, telah menyebabkan lebih 30 orang, termasuk anggota polis terbunuh, dalam kejadian yang berlaku pada Februari 2013. - Foto FAIL -

KOTA KINABALU (Sabah): Sembilan penceroboh warga Filipina, yang terlibat dalam serangan Lahad Datu di Kg. Tanduo dan disabitkan kerana khianat, terlepas daripada hukuman mati tetapi dihukum penjara seumur hidup.

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak saudara kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013.

Hukuman diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Stephen Chung pada Selasa.

Semua tertuduh kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan.

Pada Isnin, kesemua mereka didapati bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. - mStar Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg