SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

90% kes baru Covid-19 di EU dijangka dek varian Delta

90% kes baru Covid-19 di EU dijangka dek varian Delta

Negara anggota digesa pertingkat kadar vaksinasi, hati-hati longgarkan sekatan
Jun 25, 2021 | 5:30 AM

90% kes baru Covid-19 di EU dijangka dek varian Delta

DAPAT KAWAL PENULARAN: Dengan kadar vaksinasi 82.5 peratus orang dewasa telah menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19 dan 60 peratus lagi sudah menerima dua dos, Britain dapat menurunkan dengan banyak kes harian jangkitan Covid-19. - Foto EPA-EFE
DAPAT KAWAL PENULARAN: Dengan kadar vaksinasi 82.5 peratus orang dewasa telah menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19 dan 60 peratus lagi sudah menerima dua dos, Britain dapat menurunkan dengan banyak kes harian jangkitan Covid-19. - Foto EPA-EFE -

STOCKHOLM: Varian Delta, yang lebih mudah berjangkit, dijangka membentuk 90 peratus kes baru Covid-19 di Kesatuan Eropah (EU), dan agensi kawalan penyakit blok itu menggesa negara anggota meningkatkan kadar vaksinasi.

Varian Alpha, yang kali pertama dikesan di Britain, kini mendominasi penularan jangkitan di EU, tetapi ini dijangka berubah, ujar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah.

"Kemungkinan besar varian Covid-19 Delta merebak lebih pantas pada musim panas ini, terutama dalam kalangan orang muda yang tidak disasarkan untuk mendapat vaksinasi," kata pengarah pusat itu Andrea Ammon dalam satu kenyataan.

"Varian Delta, yang kali pertama dikesan di India, lebih mudah berjangkit berbanding varian lain dan dijangka membentuk 90 peratus kes baru di EU pada hujung Ogos ini."

Amaran pusat itu berikutan langkah Russia memberi amaran kemungkinan kes meningkat mendadak berikutan kadar vaksinasi rendah.

Britain juga menyaksikan varian Delta mula mendominasi kadar penularan, namun ia berjaya dikawal menyusuli kejayaan kempen vaksinasi dengan 82.5 peratus orang dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin dan 60 peratus lagi sudah menerima suntikan penuh.

"Sekarang amat penting proses pemberian vaksin dipertingkat bagi mengekang penularan varian ini, sekali gus mengurangkan kesannya terhadap kesihatan.

"Pada peringkat ini, amat penting suntikan dos kedua diberi dan mempercepatkan kadar vaksinasi bagi melindungi golongan berisiko," katanya.

Berdasarkan data, kira-kira 30 peratus individu berusia 80 tahun ke atas dan 40 peratus berusia 60 tahun ke atas di EU belum menerima vaksin.

"Pada tahap ini adalah penting dos vaksin kedua diberi... untuk mempercepat kadar individu rentan dapat dilindungi," kata Ammon.

Pusat itu menganggarkan varian Delta Covid-19 antara 40 hingga 60 peratus lebih mudah berjangkit berbanding varian Alpha.

"Malangnya, data awal juga menunjukkan individu sudah menerima satu dos suntikan vaksin boleh juga dijangkiti varian ini. Berita baik ialah mereka yang menerima dua dos suntikan vaksin mempunyai kadar perlindungan lebih tinggi," ujarnya.

Di Britain, kadar kemasukan ke hospital dan jumlah pesakit memerlukan ventilator mekanikal meningkat dalam beberapa minggu lalu.

Terdapat 250 orang yang memerlukan bantuan pernafasan pada 22 Jun, lebih dua kali ganda daripada sebulan sebelumnya, menurut data Perkhidmatan Kesihatan Nasional.

Pusat itu menggesa negara anggota supaya berhati-hati dalam melonggarkan sekatan yang bertujuan mengekang penularan, terutama pada bulan-bulan musim panas.

Sebarang kelonggaran "boleh menyebabkan peningkatan pantas dan ketara dalam kes harian pada semua peringkat umur," katanya.

Peningkatan itu pula boleh menyebabkan kenaikan "kadar kemasukan hospital dan kematian, berpotensi mencapai tahap tinggi yang sama dengan pada musim gugur 2020 jika tiada langkah tambahan diambil," katanya.

Dengan 50,000 jaNgkitan baru dicatat di Moscow dalam dua minggu lalu, Mayor Sergei Sobyani kelmarin memberi amaran "keadaan telah menjadi serius," dengan 90 peratus kes ialah daripada varian Delta.

Sejak kali pertama ditemui di India akhir tahun lalu, jangkitan varian Delta telah dilaporkan di 85 negara, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg