Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

94.8% populasi dewasa M'sia sudah terima 1 dos vaksin

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sejumlah 90.02 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksin setakat 10 Oktober lalu.



Manakala 94.8 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Sejumlah 129,518 suntikan vaksin diberikan kelmarin melibatkan 31,932 penerima dos pertama dan 97,586 penerima dos lengkap.



Lembah Klang mencatatkan jumlah tertinggi populasi dewasa lengkap divaksin iaitu 112.1 peratus, diikuti, Labuan 99.1 peratus, dan Negeri Sembilan 98.6 peratus.



Sejak dilancarkan pada 24 Februari lalu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya memberikan 45.65 juta dos vaksin setakat kelmarin.



Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah tersebut merangkumi 65.2 peratus populasi keseluruhan di Malaysia divaksin.



Berdasarkan statistik kelmarin, Sabah merekodkan peratusan terendah dengan 65.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.



Tiga lagi negeri turut berada di bawah angka 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksin iaitu Kelantan (73.6 peratus), Kedah (79.5 peratus) dan Perak (79.8 peratus).



Bagi vaksinasi untuk golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 7.4 peratus sudah lengkap divaksinasi membabitkan 231,714 individu sehingga kelmarin, manakala 72.2 peratus atau kira-kira 1.27 juta sudah menerima satu dos vaksin.



PICK Remaja dimulakan secara rasmi pada 20 September lalu, yang mensasarkan 3.2 juta remaja di negara ini untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.



Dalam pada itu, usaha Malaysia meningkatkan kesedaran rakyat tentang kesihatan mental mendapat perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Ketua Pengarah WHO, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, kerana menggalakkan rakyat bercakap mengenainya.



Ucapan itu disampaikan Encik Tedros melalui Twitter semalam, yang turut sama berkongsi ciapan Encik Khairy mengenai kesihatan mental sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, kelmarin.



"Terima kasih atas kepimpinan anda dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercakap mengenai kesihatan mental, Menteri Kesihatan @Khairykj.



"Bersama-sama, untuk penjagaan kesihatan mental berkualiti untuk semua!" katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >