KAJANG: Polis menahan bekas suami penyanyi dangdut yang memukul isterinya di sebuah unit kondominium di Batu 9, Cheras, di sini, yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.38 malam, pada 15 November lalu.