Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abu Sayyaf pancung seorang lagi tebusan warga asing

Jun 14, 2016 | 10:27 AM



MANILA: Kumpulan pengganas Abu Sayyaf telah membunuh warga asing kedua daripada tiga yang mereka culik dari sebuah resort mewah di kepulauan Mindanao di selatan Filipina.



Kumpulan kecil tetapi kejam itu melaksana ancaman mereka akan memenggal kepala Encik Robert Hall, 51 tahun, dari Canada, pada Isnin (13 Jun) di pulau Jolo, wilayah Sulu, lapor akhbar Daily Inquirer Filipina, memetik jurucakap bernama Abu Raami.



Filipina mengesahkan  pada pagi Selasa (14 Jun) bahawa Abu Sayyaf telah memancung Encik Hall, yang mereka culik hampir sembilan bulan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Presiden Benigno Aquino, Encik Herminio Coloma, berkata: "Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam dan tidak masuk akal Encik Robert Hall..."



Awal dari itu, satu sumber tentera di Jolo secara berasingan berkata Encik Hall telah dibunuh. Memetik perisikan awal di lapangan, jurucakap Ketumbukan Barat Mindanao, Major Filemon Tan, berkata Encik Hall terbunuh pada 3.15 petang.



Bagaimanapun, jurucakap tentera, Brigadier-General Restituto Padilla, ketika itu berkata: "Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikannya. Kami belum mempunyai laporan daripada unit kami di lapangan."



Kumpulan militan itu menuntut wang tebusan sebanyak 600 juta peso ($17.6 juta) bagi membebaskan Encik Hall dan seorang pengurus resort Norway, Encik Kjartan Sekkingstad, 57 tahun.



Encik Hall, Encik Sekkingstad dan seorang lagi warga Canada, Encik John Ridsdel, serta seorang warga Filipina, Cik Maritess Flor, 41 tahun, diculik pada 21 Sep tahun lalu dari resort Holiday Oceanview Samal di pulau Samal, di wilayah Davao.



Encik Ridsdel, 68 tahun, bekas eksekutif perlombongan dan wartawan, dipancung pada 25 April.



The Inquirer berkata hanya beberapa jam sebelum dijadualkan dibunuh, Encik Hall merayu kepada pemerintah Filipina supaya "membawa kami semua dari sini".



"Keadaan saya buruk. Kami kebuluran, kami tidak dibeanrkan tidur dan mereka mengancam akan memukul saya," katanya kepada akhbar itu melalui telefon.



Dalam satu kenyataan, Presiden Benigno Aquino mengulangi dasar pemerintah tidak akan membayar wang tebusan.



Di Ottawa, Canada, Perdana Menteri Justin Trudeau berkata Encik Hall "mungkin" telah dibunuh.



"Tindakan ganas dan kejam oleh penculik telah membawa kepada kematian sia-sia. Canada berpendirian kumpulan pengganas yang menculik tebusan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembunuhan kejam dan tidak masuk akal ini," kata beliau.



Minggu lalu, Abu Sayyaf membebaskan empat pelaut Malaysia lebih dua bulan selepas mereka diculik dari pulau Borneo. Empat belas warga Indonesia yang diculik kumpulan itu dibebaskan bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >