Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Acara, tempat sukan kian jadi sasaran penggodam: Microsoft

Oct 02, 2023 | 05:30 AM



INDIA: Microsoft memberi amaran bahawa acara sukan dan hiburan berprofil tinggi semakin menjadi sasaran penjenayah siber akibat persekitaran mereka yang saling berkait.


Pasukan sukan dan tempat hiburan mempunyai kandungan data yang berharga, termasuk maklumat peribadi atlet, pasukan dan peminat serta kelebihan daya saing mereka, sekali gus menjadikan mereka sasaran penggodam.

Microsoft mengeluarkan laporan kelima Cyber Signals – sebuah taklimat risikan ancaman siber – yang menyatakan acara besar boleh mendedahkan risiko siber kepada penganjur hos serantau dan para peserta.


Laporan itu menekankan pasukan sukan, liga utama dan persatuan sukan sejagat dan tempat hiburan mempunyai banyak maklumat berharga yang diinginkan penjenayah siber.

Maklumat mengenai prestasi sukan dan pemain mereka, kelebihan daya saing dan maklumat peribadi menjadi sasaran menguntungkan.

“Malangnya, maklumat ini terdedah pada skala yang besar, disebabkan oleh bilangan peranti dan rangkaian yang saling berkait dalam persekitaran ini,” ujar laporan itu.

“Selalunya kelemahan ini merangkumi beberapa pemilik, termasuk pasukan, penaja korporat, pihak berkuasa perbandaran dan kontraktor pihak ketiga.

“Pasukan, jurulatih, atlet dan peminat juga terdedah kepada kehilangan data dan pemerasan,” tambah laporan itu.

Laporan Microsoft itu mengatakan serangan siber terhadap pertubuhan sukan semakin meningkat.

Ini kerana tekanan untuk memberikan pengalaman lancar dan selamat kepada seluruh dunia memperkenalkan kepentingan baru untuk hos dan kemudahan tempatan.

Jika hanya satu peranti tersalah konfigurasi, kata laluan terdedah, atau sambungan pihak ketiga tidak disemak, ia boleh mendatangkan pelanggaran data atau pencerobohan yang berjaya.

Microsoft mengatakan bahawa ia menyediakan sokongan keselamatan siber kepada kemudahan prasarana kritikal semasa Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

“Kami menjalankan lebih 634.6 juta pengesahan sambil menyediakan pertahanan keselamatan siber untuk kemudahan dan pertubuhan Qatar antara 10 November dengan 20 Disember 2022,” kata syarikat itu.

Menurut laporan tersebut, terdapat ancaman dari negara dan kumpulan penjenayah siber.

Memandangkan peristiwa sejagat yang besar terus menjadi sasaran jenayah siber, terdapat pelbagai motivasi dari negara-negara untuk kepentingan geopolitik yang lebih luas.

“Tambahan pula, kumpulan penjenayah siber ingin mengambil kesempatan peluang kewangan luas yang wujud dalam persekitaran sukan dan IT (teknologi maklumat). Mereka akan kekal melihat ini sebagai sasaran yang lumayan,” ujar laporan itu.

Microsoft menggalak pemantauan lebih tinggi sepanjang masa untuk acara-acara bagi mengesan ancaman dan menyedarkan orang tentang ancaman tersebut secara proaktif.

“Ancaman keselamatan siber terhadap acara dan tempat sukan pelbagai dan kompleks,” kata laporan tersebut.

Menurut laporan itu, kewaspadaan dan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan diperlukan untuk mencegah dan mengurangkan peningkatan ancaman itu.

“Dengan pasaran sukan sejagat bernilai lebih AS$600 bilion ($821 bilion), sasarannya kaya,” ujar laporan itu.

Mengenal pasti potensi ancaman khusus untuk acara, tempat atau negara juga merupakan langkah penting untuk mengelakkan serangan siber, tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >