Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANALISIS BERITA: MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Ada calon awal pembangkang ditolak ahli parti, penyandang

Tidak semua diterima hingga AP penyandang tinggalkan parti jadi Calon Bebas
Oct 28, 2022 | 05:30 AM



TINGGAL beberapa hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia, parti pembangkang mula menamakan calon terdiri daripada golongan profesional, agamawan, akademik dan anak muda bagi merebut 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.



Bagaimanapun, tidak semua pengumuman awal itu disambut dengan baik, dan ada penyandang yang tidak dipilih lagi merajuk, selain ada nekad mengisytiharkan keluar parti itu untuk menjadi calon bebas.



Umno dan Barisan Nasional (BN), yang begitu mendesak agar PRU-15 diadakan seberapa segera, masih belum mengumumkan calon. Ia mungkin satu strategi bagi mengelak disabotaj musuh politik atau anggotanya sendiri, yang tidak berpuas hati tidak dicalonkan.



Begitu juga pembahagian kerusi. Gabungan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan BN belum secara rasmi mengumumkan jumlah kerusi yang diperuntukkan bagi rakan komponen masing-masing.



Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen utama PH, buat kali pertamanya membuka permohonan kepada semua rakyat Malaysia untuk menjadi calon parti itu, dan dianggarkan lebih 10,000 permohonan diterima.



Pendekatan baru yang diumumkan oleh timbalan presiden PKR, Encik Rafizi Ramli, itu bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat menawarkan diri mereka sebagai calon mewakili parti tersebut.



Strategi itu bertujuan menarik minat rakyat yang tidak berparti untuk turut sama menyertai PRU, selain mendedahkan kepada ramai dasar keterbukaan PKR dalam pemilihan calon.



Bagaimanapun, pendekatan itu mungkin menyebabkan sebahagian anggota parti yang bertahun-tahun mengorbankan masa berasa kecewa dengan keputusan pemimpin parti memilih orang luar daripada anggota tegarnya sendiri.



Peristiwa seorang anggota PKR meluahkan perasaan tidak puas hatinya semasa Encik Rafizi mengadakan sidang media pengumuman nama calon berprofil tinggi menunjukkan apa yang dibuat kepimpinan parti itu tidak diterima bulat-bulat oleh anggota parti.



PKR mendahului parti lain dengan menamakan tujuh calon bukan anggota parti tersebut untuk diketengahkan pada PRU15. \Antaranya, pensyarah kanan Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang juga tokoh profesional kelainan upaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, akan bertanding di Wilayah Persekutuan.



Encik Nik Omar Nik Aziz, mantan yang di-pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, yang juga anak mantan Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), akan bertanding di Perak. Beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan pada PRU-14 tetapi tewas.



Seorang pegawai tinggi kerajaan, Datuk Zainal Azman Abu Seman, yang jawatan terakhirnya Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPA dan pernah menjadi ketua setiausaha kementerian dan setiausaha kerajaan negeri Perak, diberi kepercayaan bertanding di Perak.



Mantan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, akan bertanding di Pahang, manakala mantan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Encik Saipolyazan Yusop, di Selangor.



Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia, Encik Jufitri Joha, akan bertanding di Negeri Sembilan, sementara calon muda berusia 28 tahun, seorang doktor falsafah di Universiti Malaya, Dr Fathin Amelina Fazlie, akan bertanding di Perlis.



Ini berbeza daripada DAP, yang pengumuman nama calonnya di Pahang dan Selangor tidak diterima baik penyandang serta anggota parti akar umbi tempatan yang mendakwa kepimpinan parti tidak mendengar suara orang bawahan.



Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke, yang pertama kali mengepalai parti yang mempunyai kerusi paling banyak di Parlimen itu, menerima tamparan hebat daripada penyandang Parlimen Bentong, Pahang, Encik Wong Teck, yang tidak dipilih dan memutuskan menjadi Calon Bebas untuk melawan calon DAP, Cik Young Syefura Othman, penyandang kerusi DUN Ketari.



Encik Wong, yang enggan berpindah kerusi ke Parlimen Cameron Highlands kerana mengetahui tidak mempunyai peluang menang, mengambil jalan drastik itu kerana beranggapan parti tidak menghargai jasanya yang banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk sekali gus meningkatkan nama DAP.



Begitu juga di Selangor, yang DAP akan bertanding lapan kerusi, apabila pengguguran mantan Anggota Parlimen (AP) Klang, Encik Charles Santiago, bukan saja tidak diterima penyandang malah anggota akar umbi parti dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat bantahan secara terbuka.



Bagaimanapun, Encik Charles, yang mempunyai rekod khidmat baik selama tiga penggal, tidak mengikuti jejak Encik Wong dan akan terus bersama DAP.



DAP Selangor menamakan Adun Kota Kemuning, Encik V. Ganabatirau, sebagai calonnya menggantikan Encik Charles; anak Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar, Encik Syahredzan, calon kerusi Parlimen Bangi; mantan AP Bakri, Cik Yeo Bee Yin, di Puchong; dan mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Encik Gobind Singh Deo, di Damansara.



Setakat ini belum kedengaran suara-suara sumbang daripada BN, PN dan GTA membantah atau melahirkan rasa tidak puas hati orang tertentu dipilih sebagai calon.



Hari ini PKR akan mengumumkan semua calonnya yang dipilih untuk bertanding. Sudah pasti ada drama menarik sebaik saja pengumuman itu dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >