Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ada laporan polis mengenai VIP langgar PKP, kata Ismail Sabri

Apr 18, 2020 | 4:27 PM
69793d8e-beeb-415a-9f82-4175b970cdee
-

KUALA LUMPUR: Polis telah menerima laporan mengenai beberapa tokoh dikenali, termasuk pegawai kerajaan, yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada Sabtu (18 April).

Dalam laporannya, BHM, menukil Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata ada laporan polis mengenai kumpulan orang kenamaan atau VIP yang didakwa melanggar PKP.

Datuk Ismail berkata tiada sesiapa yang boleh mengelak PKP yang sedang berlangsung di Malaysia pada masa ini dan orang ramai perlu mematuhi PKP supaya ia dapat diakhiri.

"Saya difahamkan sudah ada laporan polis dibuat, jadi kita serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan seterusnya," kata Datuk Ismail, bercakap kepada media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP di Putrajaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg