Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ada suka, duka, berhati-hati sedang rakyat M'sia nantikan Raya

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



HARI Raya Aidilfitri di Malaysia tahun ini disambut dengan pelbagai perasaan - gembira, sedih dan berhati-hati.



Gembira kerana buat kali pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan tambahan sehari hari lagi cuti umum hari raya.



Ini bermakna walaupun terdapat teka teki bila anak bulan Syawal akan kelihatan - sama ada Aidilfitri jatuh pada Jumaat atau Sabtu - cuti panjang empat hari dari Jumaat hingga Isnin tetap terjamin.



Sebaik sahaja diumumkan Selasa lalu, lebuh raya Utara-Selatan mula sesak mendadak.



Seorang sahabat mengadu terperangkap enam jam memandu dari Melaka ke Kuala Lumpur.



Kesesakan semakin mendesak kerana kerajaan turut memberi tol percuma di semua lebuh raya selama empat hari.



Cuti sekolah juga bermula lebih awal sejak Rabu untuk memberi laluan pelajar balik kampung.



Ramai keluarga berasa lega kerana cuti tambahan sehari akan mengelakkan derita Hari Raya mengejut yang mereka alami tahun lalu.



Namun, Aidilfitri tahun ini turut membawa kesedihan pada mereka yang menaruh harapan mahu mengeluarkan sedikit wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beraya.



Kerajaan menolak permohonan itu kerana bimbang kadar simpanan ramai pekerja kini berada di tahap minimum ekoran langkah membenarkan mereka mengeluarkannya semasa pandemik Covid19.



Isu pengeluaran wang caruman KWSP menjadi perdebatan hangat di Parlimen sehingga mendorong pihak pembangkang menuduh kerajaan kurang prihatin dengan nasib golongan miskin.



Namun, Datuk Anwar tidak berganjak dengan pendiriannya, sambil memberi amaran bahawa pengeluaran caruman KWSP berterusan akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara



"Saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP tetapi adakah seorang yang bertanggungjawab boleh berbuat demikian? Sebab itu kita kena cari jalan lain dengan menambah bonus, elaun dan bantuan kepada pekebun serta nelayan,… semua ini kita buat untuk meringankan beban rakyat," kata beliau.



Turut bersedih ialah peniaga bazar hari raya yang mengadu perniagaan mereka merosot sehingga 40 peratus berbanding 2022.



"Tahun lalu lebih baik sebab kita menyambut hari raya balik kampung setelah dua tahun terkurung akibat Covid19. Ramai yang banyak duit walaupun duduk rumah sebab ada bantuan subsidi kerajaan," kata Encik Aminudin Ali, peniaga bazar di Kompleks PKNS Shah Alam yang ditemui.



Tetapi tahun ini ramai yang lebih berhati-hati berbelanja sebab keadaan ekonomi yang kurang mantap dan kos sara hidup yang lebih tinggi.



"Ramai orang lalu lalang setakat jalan-jalan cuci mata tapi tak berbelanja," keluh Encik Aminudin.



Aidilfitri tahun ini juga harus disambut dengan sikap berhati-hati berikutan penularan kes jangkitan virus Covid 19 yang naik secara mendadak baru-baru ini.



Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah jangkitan meningkat 87.5 peratus sejak awal April.



Pesakit yang dirawat di hospital juga meningkat 30.5 peratus sementara kadar kematian meningkat 25 peratus. Minggu ini sahaja jumlah mereka yang dijangkiti mencecah lebih 14,000 kes dengan kira-kira 5,000 orang dijangkiti setiap hari.



Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pelitup apabila berada di tempat awam yang sesak semasa menyambut hari raya. Satu lagi kegelisahan yang dirasakan sejak awal minggu ini ialah jerebu yang menyelubungi beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor.



Malah mutu udara di pusat kota Kuala Lumpur kelihatan terjejas kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tidak sihat di kawasan Cheras berdekatan.



Segamat, Johor, mencatatkan bacaan IPU paling buruk 152 diikuti Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat di atas paras 100.



Masalah jerebu dijangka lebih serius pada 2023 berbanding sepanjang tiga tahun lalu kerana aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala apabila wabak Covid 19 berakhir.



Oleh kerana itu, bagi warga Singapura yang ingin berhari raya di seberang tambak, masalah yang perlu difikirkan bukan setakat kesesakan teruk di Tambak Johor.



Bahaya penularan jangkitan virus Covid19 yang tinggi dan jerebu yang mula melanda juga harus diambil kira.



  • Penulis mantan wartawan BH dan kini tinggal di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >