Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PENYEBARAN VIDEO SEKS SEJENIS

'Ada tanda jelas, usaha tersusun mahu jatuhkan Azmin'

Jun 19, 2019 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sudah memberi keterangan kepada polis kelmarin berhubung isu video seks yang dikaitkan dengannya.



Peguamnya, Encik N. Surendran, berkata menerusi kenyataan semalam bahawa kenyataan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bertujuan membantu polis dalam siasatan penyebaran video berkenaan.



"Saya merujuk kepada siasatan susulan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, yang menggesa agar siasatan ke atas penyebaran video seks palsu.



"Video itu ialah serangan fitnah dan bermotif politik terhadap Mohamed Azmin.



"Pejabat Menteri telah dihubungi polis pada Ahad untuk merakam kenyataan Mohamed Azmin sebagai sebahagian daripada siasatan.



"Mengutamakan perkara itu, semalam Mohamed Azmin memberi kenyataan kepada polis untuk membantu dalam penyiasatan mereka," katanya.



Encik Surendran berkata terdapat tanda jelas dan usaha teratur dan bersistem mahu menjatuhkan Datuk Azmin menerusi serangan palsu dan berniat jahat itu.



"Pelakunya mempunyai akses kepada data peribadi ahli parti dan jelas mempunyai agenda politik.



"Kami percaya polis akan melakukan siasatan sepenuhnya dan mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap dalangnya mengikut undang-undang," katanya.



Setiausaha sulit utama kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin, Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, mengaku beliau salah seorang lelaki dalam video tersebut.



Beliau mendakwa lelaki yang seorang lagi ialah Datuk Azmin. Namun, Datuk Azmin menafikan dan menyifatkan dakwaan itu sebagai rancangan 'jahat' yang bertujuan menghentikan kerjaya politiknya.



Datuk Azmin membayangkan beliau tidak perlu membuat sumpah laknat berhubung tuduhan itu kerana setiausaha politiknya, Encik Hilman Idham, telah membuat laporan 'qazaf' (tuduhan zina) di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) baru-baru ini.



"Sebab itu saya buat laporan 'qazaf' dan ada prosesnya. Biarlah proses berjalan dan saya ambil tindakan berdasarkan nasihat peguam dan pihak yang memberi pandangan mereka.



"Ini perlu dilakukan dan kita harus benarkan siasatan ini berjalan dan tidak mengganggu dengan kenyataan dan tekanan kepada pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan," katanya kepada wartawan, semasa ditemui kelmarin.



Beliau yakin perbuatan menyebarkan video itu ialah tindakan konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya, serta dilakukan orang dalaman parti.



"Ini agenda politik individu tertentu yang mahu menyekat kemaraan dan prestasi dalam kerajaan dan politik hari ini.



"Saya yakin umum telah pun lihat siapakah dalang dalam hal ini. Biar polis jalankan siasatan dan saya kira tidak adil sekiranya mana-mana individu buat kenyataan yang boleh menganggu siasatan," ujarnya. - BHM, Utusan Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >