Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PANDANGAN

Adakah Umno akan kekal relevan?

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



APAKAH masa depan Umno?



Keputusan Barisan Nasional-Umno (BN) tidak menyebelahi Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan akan membawa implikasi besar pada kepimpinan dan masa depan parti itu.



Malah dengan peranan Umno sebagai pembangkang yang hanya mempunyai 30 kerusi, ada pihak yang bimbang parti itu mungkin tidak lagi relevan pada pengundi Melayu.



"Ada kebimbangan Umno mungkin menjadi tidak relevan selepas ini kerana generasi muda di bawah umur 30 tahun tidak berminat dengan idea politik kepartian," jelas Dato Dr Ramalan Yunus, seorang penganalisis politik.



Tetapi ada juga berpendapat strategi BN menjadi pembangkang adalah langkah bijak untuk meredakan keadaan.



"Ia satu keputusan yang bermaruah mengikut mandat rakyat yang hanya beri mereka 30 kerusi.



"Walaupun sentimen ramai penyokong Umno berpihak pada PN, mereka sedar kesan lebih buruk jika BN menyokong PH kerana ia akan terkubur pada PRU akan datang," kata Encik Mohd Azrul Azuan, seorang usahawan penyokong PN.



Encik Noorazmir Zakaria, seorang peguam, menyifatkan langkah BN itu satu rancangan jangka pendek yang bijak



"Jangka panjangnya, jika Umno ditawarkan jawatan Menteri selepas ini, mereka pasti akan terima seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.



"Umno perlu melibatkan diri dalam kerajaan sebagai unity government (kerajaan perpaduan).



"Tapi kalau BN memilih untuk menolak dan berada di luar adalah sukar bagi mereka bangkit semula," ujar beliau.



Rombakan kepimpinan juga besar kemungkinan berlaku kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak mematuhi arahan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyokong PH.



Ramai meramalkan beliau akan terpaksa berundur secara terhormat atau hilang jawatan semasa pemilihan parti akan datang.



Suara lantang mendesak Datuk Ahmad Zahid memikul tanggungjawab atas kekalahan paling buruk BN dalam sejarah mula kedengaran sebaik sahaja keputusan PRU15 diumumkan.



Desakan itu semakin kuat apabila beberapa orang pemimpin kanan Umno mempersoalkan usaha beliau cuba mendorong BN menyokong PH membentuk kerajaan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.



Orang pertama yang membantah secara terbuka ialah Bendahari Umno, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein.



"Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini, saya tetap menolak kerjasama dengan PH.



"No Anwar No DAP. Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang pada pendirian ini silakan," katanya dalam kemas kini status Facebook.



Bantahan menyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah antara ketetapan utama yang disetujui pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini keranadasar perjuangan mereka yang jauh berbeza.



Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan, cuba meredakan keadaan secara diplomatik dengan menyarankan PH dan PN bekerjasama menubuhkan kerajaan tanpa bantuan BN.



"Kami BN menerima keputusan rakyat menolak BN. Maka kami ini tidak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.



"Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan undi lebih tinggi," katanya dalam muat naik Facebook.



Bagaimanapun, apabila Datuk Ahmad Zahid membayangkan akan memecat ahli parlimen Umno yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai.



"Hanya Majlis (Kerja) Tertinggi sahaja yang boleh membuat keputusan. Presiden tidak ada hak.



"Kalau perkara ini tidak dilakukan siapa saja buat keputusan tidak sah," jelas beliau sebelum menghadiri mesyuarat MKT Umno semalam.



Ketegasan pendirian Datuk Seri Ismail Sabri itu yang dikatakan menerima sokongan ketua-ketua bahagian Umno akhirnya mengubah haluan BN mengambil keputusan berkecuali sebagai pembangkang.



  • Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.


"Ada kebimbangan Umno mungkin menjadi tidak relevan selepas ini kerana generasi muda di bawah umur 30 tahun tidak berminat dengan idea politik kepartian."
- Dato Dr Ramalan Yunus, seorang penganalisis politik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >