Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Adun tawar tindakan, Mahkamah KL batal saman kes Pedra Branca

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



JOHOR/KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menawarkan dirinya untuk menyaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana membatalkan tuntutan semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pedra Branca.



Ahli DUN Rengit itu berkata pertikaian membabitkan Pedra Branca, yang disebut sebagai Batu Puteh oleh Malaysia, adalah soal maruah dan kedaulatan Johor dan negara.



Beliau berkata Dr Mahathir perlu disaman dan mesti membayar ganti rugi dengan nilai bersesuaian sebanyak RM3 bilion ($946 juta).



Dalam satu perkembangan, Mahkamah Tinggi Malaysia semalam membatalkan saman seorang individu terhadap kerajaan berhubung keputusan menarik balik semakan keputusan ICJ di The Hague, Belanda, berhubung tuntutan ke atas Pedra Branca.



Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Kerajaan berkata Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz, membenarkan permohonan Perdana Menteri (yang tidak dinamakan dalam tuntutan saman) dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman itu.



Beliau berkata hakim membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa subjek dalam tuntutan saman berkenaan tidak boleh diadili oleh mahkamah dan Encik Mohd Hatta Sanuri selaku plaintif tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membawa tindakan undang-undang itu terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan. Hakim turut memerintahkan plaintif membayar kos RM6,000 dalam masa 30 hari.



Pada 28 Mei tahun lalu, Encik Mohd Hatta, 45 tahun, memfailkan tindakan saman itu mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dengan penarikan balik semakan terhadap keputusan ICJ oleh kedua-dua defendan, tanpa membentangkannya terlebih dahulu di Parlimen. Encik Mohd Hatta memohon perintah supaya kedua-dua defendan memberi penjelasan bertulis mengapa mereka menarik balik semakan keputusan ICJ berhubung tuntutan ke atas Pedra Branca terhadap Singapura pada 1 Jun 2018, sedangkan permohonan semakan dengan bukti kukuh sudah dimulakan dan difailkan sejak 3 Februari 2017.



Encik Mohd Hatta turut memohon perisytiharan bahawa kedua-dua defendan membayar ganti rugi kepada setiap rakyat Malaysia berdasarkan nilai tanah Pedra Branca dan kerugian ekonomi dialami rakyat Malaysia, termasuk plaintif, sekurang-kurang RM10 juta.



Semasa menawarkan dirinya untuk menyaman Dr Mahathir, Datuk Dr Mohd Puad berkata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, telah mendesak tindakan undang-undang diambil ke atas 'pengkhianat' yang menyebabkan negara kehilangan Pedra Branca selama-lamanya.



Oleh kerana tempoh merayu sudah tamat, beliau berkata sebagai pengajaran, Dr Mahathir mesti disaman dan bayar ganti rugi.



"Saya tawar diri untuk saman Tun Mahathir kerana ini soal maruah. Dia jual kedaulatan Johor dan negara," katanya dalam satu kenyataan.



Pada 26 Jun lalu, Datuk Onn Hafiz menggesa agar tindakan undang-undang diambil terhadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) atas pengkhianatan sehingga menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh.



Sebelum itu, pada 16 Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan membatalkan rayuan tuntutan Pedra Branca pada 2018. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >