Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Adun Umno sepakat calonkan pengerusi MB Perak

Tandatangani akuan berkanun sokong Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar
Dec 08, 2020 | 05:30 AM



IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Perak sebulat suara mencalonkan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad, sebagai Menteri Besar Perak.



Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, mengesahkan menerusi satu pos Facebook perkara tersebut, seraya mematikan spekulasi bahawa beliau calon Menteri Besar baru negeri itu.



"Kami semua Adun Umno-Barisan Nasional (BN) secara konsensus mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, sebagai Menteri Besar Perak.



"Saya mohon supaya kita semua tidak membuat apa-apa lagi spekulasi dan serahkan kepada kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, untuk mempertimbang siapa yang mempunyai majoriti mudah agar dipilih menjadi Menteri Besar Perak insya-Allah," katanya.



Datuk Shahrul turut mengulas isu tersebut: "Ibu bapa saya sentiasa mengingatkan saya agar berpegang kepada konsep reda, usaha dan tawakal kepada Allah.



"Kita wajib percaya kepada qada dan qadar Allah. Segalanya sudah tertulis. Jawatan adalah pertanggungjawaban, bukan sebagai perebutan."



Sebelum ini, akhbar Berita Harian Malaysia melaporkan bahawa tiga individu dikenal pasti bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.



Dalam hal ini, Datuk Saarani dan Datuk Shahrul didapati sebagai antara individu yang layak mengisi kekosongan jawatan tertinggi itu berdasarkan pengalaman yang diraih setakat ini, menurut sumber.



BHM turut difahamkan bahawa nama lain yang diketengahkan sekiranya kerajaan campuran terbentuk ialah Ketua Pembangkang yang juga naib pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak dan Adun Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari. Namun, walaupun perkara itu belum disahkan.



Sumber daripada Umno ketika dihubungi turut mengesahkan 26 Adun Perak telah menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Datuk Saarani sebagai calon Menteri Besar.



DUN Perak dianggotai 25 wakil Umno, 16 daripada DAP, lima daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lima daripada Parti Amanah Rakyat, tiga daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan satu wakil masing-masing daripada Gerakan dan Bebas.



Umno Perak juga dipercayai telah berjaya meyakinkan Bersatu supaya menandatangani SD itu.



Kelmarin, presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak menolak kemungkinan satu gabungan baru diwujudkan bagi membentuk kerajaan Perak.



"Kita sedang melihat kepada semua kemungkinan. Kita mahu mengekalkan kerajaan terdahulu (Perikatan Nasional, atau PN) tetapi jika tidak boleh dilakukan, mungkin akan wujud gabungan baharu," katanya.



Datuk Ahmad Faizal, timbalan presiden Bersatu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, sehari selepas gagal memperolehi undi percaya dalam persidangan DUN.



Beliau memperolehi 10 undi daripada 59 penyokong, dengan 48 menentang usul dan satu berkecuali.



Kelmarin, Sultan Nazrin menerima peletakan jawatan beliau, yang berkuat kuasa semalam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >