SPH Logo mobile
Langgan|

AS, Afghanistan bincang soal bantuan bencana, rizab asing

AS, Afghanistan bincang soal bantuan bencana, rizab asing

Jul 3, 2022 | 5:30 AM

AS, Afghanistan bincang soal bantuan bencana, rizab asing

c26c777a-343b-4851-9a50-06014341e9da
-

WASHINGTON: Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan pemerintah Taleban Afghanistan diteruskan di Doha awal minggu ini bagi membincangkan bantuan gempa bumi, selepas kedua-dua pihak bertemu kali terakhir di ibu negara Qatar pada Mac lalu.

Menurut Jabatan Negara AS, pada mesyuarat itu, AS mengulangi ikrar awal untuk menyalurkan dana sebanyak AS$55 juta ($76.79 juta) sebagai dana baharu bagi bantuan gempa bumi.

"Kedua-dua pihak bincang secara terperinci tindakan AS untuk mengekalkan AS$3.5 bilion ($4.89 bilion) dalam rizab bank pusat Afghanistan untuk faedah rakyat Afghanistan.

"AS ucap takziah atas kehilangan nyawa dan penderitaan di Afghanistan akibat gempa bumi baru-baru ini," kata Jabatan Negara mengenai mesyuarat itu, yang diketuai Wakil Khas Afghanistan, Encik Thomas West.

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud bulan lalu di timur Afghanistan, mengorbankan lebih 1,000 orang dan puluhan ribu hilang tempat tinggal. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg