Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Afghanistan tidak komited bebaskan 5,000 tahanan Taleban

Mar 1, 2020 | 3:37 PM
Presiden Ashraf Ghani menekankan pembebasan 5,000 tahanan Taleban tidak boleh menjadi pra syarat bagi rundingan dengan kumpulan militan itu.
Presiden Ashraf Ghani menekankan pembebasan 5,000 tahanan Taleban tidak boleh menjadi pra syarat bagi rundingan dengan kumpulan militan itu. - Reuters

KABUL - Pemerintah Afghanistan tidak membuat komitmen untuk membebaskan 5,000 tahanan Taleban, sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian di antara Amerika Syarikat dengan kumpulan militan Taleban, kata Presiden Ashraf Ghani pada Ahad (1 Mac).

Encik Ghani berkata dalam satu sidang media di ibu kota Kabul bahawa tuntutan Taleban agar membebaskan tahanannya dari penjara-penjara Afghanistan, tidak boleh menjadi pra syarat bagi mengadakan rundingan dengan kumpulan tegar itu.

Perjanjian di antara Amerika dan Taleban mengatakan kededua pihak komited untuk berusaha membebaskan tahanan kombat dan politik sebagai langkah membina keyakinan dengan penyelarasan dan kelulusan dari semua pihak relevan. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg