Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Afghanistan tunjuk tanda pulih; dunia tetap waspada dengan Taleban

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Afghanistan yang terjerumus ke dalam kekacauan, pengasingan dan kemiskinan di bawah penguasa Taleban yang baru berkuasa, kian menunjukkan tanda pemulihan.



Ini setelah terdapat usaha untuk membuka semula operasi lapangan terbang Kabul, di samping terdapat peningkatan aliran bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain bermulanya pemindahan wang antarabangsa yang dihantar ke negara itu, di mana kebanyakan bank masih ditutup.



Namun perkembangan itu belum menunjukkan kecurigaan berkurangan terhadap Taleban dengan mereka masih berada dalam banyak senarai kumpulan pengganas.



Taleban mengambil alih kuasa di Afghanistan bulan lalu setelah dua dekad berperang menentang pakatan ketenteraan pimpinan Amerika Syarikat dan pemerintah Afghanistan yang disokong negara Barat.



Walaupun timbul jangkaan sedang pemimpin Taleban berada di istana presiden Kabul dan dikatakan bakal mengumumkan pemerintahan baru kelmarin, pengumuman yang ditunggu-tunggu itu ditangguhkan.



Selain itu, lapangan terbang antarabangsa Kabul yang cuba dibuka semula pihak Taleban kini menjadi lambang pengunduran tergesa-gesa pihak tentera Amerika yang penuh dengan kekecohan, dan berakhir 31 Ogos lalu.



Lapangan terbang itu masih ditutup kepada umum sejak kelmarin, dengan pihak Taleban hanya mengizinkan wartawan masuk, di mana anggota keselamatan dan juruteknik dari Qatar dihantar untuk membantu membuka semula lapangan terbang itu.



"Lapangan terbang ini akan dibuka tidak lama lagi," kata Encik Daoud Sharifi, ketua pegawai operasi Kam Air, syarikat penerbangan swasta terbesar di Afghanistan.



Tentera udara Qatar, sekutu penting Amerika yang telah menjaga hubungan baik dengan Taleban, menerbangkan juruteknik lapangan terbangnya serta peralatan dan pegawai keselamatan pada Isnin lalu, dengan pesawat kedua tiba Rabu lalu dan yang ketiga tiba kelmarin.



Lapangan terbang itu merupakan penghubung penting ke dunia luar, salah satu laluan utama bagi kemasukan bekalan makanan, perubatan dan bantuan lain serta bagi perjalanan ulang-alik penumpan.



PBB, yang telah lama membantu mengawasi pengagihan makanan dan bantuan perubatan di Afghanistan, kelmarin mengatakan bahawa Perkhidmatan Udara Program Kemanusiaan Makanan Dunianya telah dimulakan dengan penerbangan ke bandar Mazar-e-Sharif dan Kandahar.



Dua lapangan terbang di bandar itu tetap dapat digunakan walaupun berlaku kekacauan dan keganasan sejak beberapa minggu lalu.



Salah satu sumber bantuan bagi orang miskin Afghanistan dipulihkan semula apabila firma penghantaran wang Western Union kelmarin mengumumkan ia akan melakukan semula pemindahan wang ke Afghanistan.



Namun pada masa yang sama, institusi kewangan di Amerika dan di negara lain telah menghalang Taleban untuk mendapat akses ke atas simpanan bank pemerintah Afghanistan dan aset kewangan lain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >