Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Afrika kurang vaksin, risiko muncul varian baru bertambah

WHO: Benua kurang 470j dos vaksin tahun ini akibat pengiriman tidak adil, lewat
Sep 18, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Benua Afrika menghadapi kekurangan 470 juta dos vaksin Covid-19 tahun ini setelah pakatan Covax mengurangkan penghantaran dan ini meningkatkan risiko penularan varian-varian baru virus itu.



Hanya 17 peratus populasi benua itu akan diberi vaksin menjelang akhir tahun ini, berbanding sasaran 40 peratus Pertubuhan Kesihatan Seunia (WHO), kata agensi dunia itu pada dalam taklimat mingguannya di ibu kota Congo, Brazzaville.



"Ketidaksamaan mengejutkan dan kelewatan teruk dalam pengiriman vaksin mengancam menjadikan kawasan di Afrika... tempat pembiakan varian tahan vaksin," kata pengarah WHO Afrika Matshidiso Moeti.



"Ini akhirnya boleh membuat seluruh dunia kembali ke keadaan asal (Covid-19)."



WHO berkata setakat ini hanya 2 peratus daripada 5.7 bilion dos vaksin Covid-19 telah disalur ke benua itu.



Sasaran WHO kurang-kurangnya 40 peratus penduduk setiap negara menerima vaksin menjelang akhir tahun ini dan 70 peratus menjelang pertengahan tahun depan sukar dicapai.



Hanya dua negara di Afrika mencapai sasaran 40 peratus, angka paling rendah berbanding wilayah lain, kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.



Menurut beliau, ia bukan disebabkan Afrika tidak mampu atau tidak berpengalaman memberi suntikan Covid-19, tetapi mereka dilupakan penduduk dunia dan jauh ketinggalan di belakang berbanding negara lain.



Agensi berita Xinhua melaporkan tahun lalu WHO dan rakan kerjasamanya melancarkan Covax, sebuah inisiatif global dalam memastikan akses adil dan saksama bagi perolehan vaksin Covid-19.



Sehingga kini, Covax telah menyalurkan lebih 260 juta dos vaksin Covid-19 ke 141 negara. Namun, program itu menghadapi beberapa cabaran, terutama dari segi pengeluar vaksin yang lebih mengutamakan perjanjian dua hala dan negara berpendapatan tinggi bagi perolehan bekalan global.



WHO, Kesatuan Afrika (AU) dan Covax meminta pengeluar vaksin mengutamakan program Covax dan mendesak negara yang berikrar akan berkongsi vaksin, termasuk teknologi dan harta intelek, supaya berbuat demikian.



Pada Ogos, WHO menggesa pemberian dos penggalak ditangguh hingga akhir September bagi membolehkan vaksin itu disalur kepada golongan rentan di seluruh dunia yang belum menerima suntikan.



AU sendiri merayu kepada pengeluar vaksin supaya memberi akses adil pasaran vaksin kepada negara benua itu.



Ia bertekad membeli vaksin Covid-19 daripada terus menunggu ketibaan sumbangan negara lain.



AU turut menggesa negara pengeluar menarik balik sekatan eksport supaya benua itu dapat menangani sendiri ketidaksamaan ketara dalam akses mendapatkan vaksin.



Situasi itu berlaku akibat sebahagian besar dos vaksin diperuntuk bagi negara kaya.



"Perkongsian vaksin adalah baik, namun kami tidak seharusnya hanya bergantung pada perkongsian vaksin. Kami mahu membelinya daripada pengeluar sama," kata wakil khas Covid-19 AU Strive Masiyiwa.



Dr Tedros berkata negara Afrika sudah ditinggalkan oleh seantero dunia dalam pemberian vaksin.



Situasi meminggirkan Afrika daripada mendapatkan akses bagi vaksin sangat berbahaya kerana ia bukan menjejaskan penduduk Afrka sahaja, bahkan negara lain, katanya.



"Lebih lama ketidaksamarataan vaksin berlarutan, virus ini akan terus menular dan berubah, lebih lama gangguan terhadap sosial dan ekonomi serta lebih banyak peluang bagi varian lain timbul hingga menjejas keberkesanan vaksin," ujarnya.



Menurut kiraan AFP, hanya sembilan dos vaksin diberi bagi setiap 100 penduduk di Afrika.



Ini berbanding 118 dos bagi setiap 100 penduduk di Amerika Syarikat dan Canada, 104 di Eropah, 85 di Asia, 84 di Amerika Latin dan Caribbean, 69 di Oceania, dan 54 di Asia Barat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >