JOHANNESBURG: Afrika Selatan menyambut ulang tahun Encik Nelson Mandela yang ke-100 minggu ini dengan ucapan perdana dari mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama serta pelbagai kenangan dan penghormatan terhadap pemimpin anti-apartheid yang telah meninggal dunia itu.
Encik Mandela, yang meninggal dunia pada 2013, kekal sebagai ikon global disebabkan perjuangannya menentang pemerintahan golongan minoriti kulit putih dan mesejnya menggalakkan kedamaian setelah dibebaskan dari penjara 27 tahun.