PEKANBARU/JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia telah menahan Babenor Riau bersama beberapa pegawai tinggi wilayah semasa operasi pada malam 3 November.
Meskipun KPK belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun para pegawai berkata operasi itu berkaitan dengan projek pembinaan yang diuruskan oleh Agensi Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Riau.
Keseluruhannya, seramai 10 orang telah ditangkap dalam operasi itu termasuk ketua PUPR, dan setiausaha agensi itu, Encik Ferry Yunanda.
Penyiasat juga merampas wang tunai dalam mata wang rupiah dan asing,
Jurucakap KPK, Encik Budi Prasetyo, berkata tahanan, termasuk Gabenor Abdul Wahid, telah diterbangkan secara berperingkat ke ibu pejabat agensi itu di Jakarta Selatan untuk disoal siasat.
“Mereka yang telah tiba kini sedang menjalani soal siasat intensif dengan penyiasat kami,” katanya pada 4 Oktober.
KPK mempunyai 24 jam untuk menentukan status kes mereka yang ditahan itu.
Gabenor Abdul Wahid memegang jawatan pada Februari selepas mengalahkan dua calon lain dalam pilihan raya daerah pada 2024.
Beliau merupakan ketua daerah kedua di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto yang ditahan oleh KPK.
Terdahulu pada Ogos, KPK menahan Pemangku Raja Kolaka Timur, Abdul Azis, dalam kes rasuah yang berkaitan dengan pembinaan sebuah hospital daerah tempatan.
Beliau telah dinamakan sebagai suspek bersama lima yang lain dan kini sedang menunggu perbicaraan.
Gabenor Abdul Wahid merupakan gabenor Riau keempat yang terlibat dalam skandal rasuah.
Annas Maamun, gabenor Riau untuk penggal 2014 hingga 2019, telah ditangkap oleh KPK sejurus selepas memegang jawatan pada 2014.
Beliau kemudiannya didapati bersalah menerima rasuah kerana membenarkan ladang kelapa sawit beroperasi di kawasan hutan lindung dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun pada 2015.
Annas dibebaskan pada September 2020 selepas menerima pengampunan presiden selama setahun daripada Presiden Joko Widodo ketika itu.
Pada 2013, Rusli Zainal, Gabenor Riau dari 2003 hingga 2013, telah ditahan kerana rasuah berkaitan pembinaan kemudahan sukan untuk Sukan Kebangsaan 2012 dan pengeluaran permit penukaran hutan kepada sembilan syarikat, menyebabkan kerugian negara dianggarkan sebanyak Rp 265 bilion (S$20.6 juta).
Beliau disabitkan kesalahan pada tahun 2014 dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
Saleh Djasit, yang berkhidmat sebagai gabenor Riau dari 1998 hingga 2003, telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun pada 2008 atas kes rasuah melibatkan perolehan trak bomba bernilai Rp 15.2 bilion. - Agensi berita


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg