Premium
Agensi pulihara hutan Indonesia hadapi cabaran
Apr 5, 2016 | 5:30 AM
DISELIMUTI ASAP TEBAL: Pemandangan dari udara kebakaran hutan berdekatan kampung Bokor, di Riau, pada 15 Mac lalu. - Foto REUTERS -
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan agensi khas bagi menangani kebakaran hutan yang menjejas seluruh negara itu tahun lalu dan menyelubungi sebahagian Asia Tenggara dengan jerebu.
Namun, sebelum Badan Restorasi Gambut (BRG) dapat melaksanakan usaha itu, ia kini mempunyai tugas besar dalam menangani kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan negara itu musim ini.

