Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Agong akan bincang kemelut pelantikan PM dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja

Al-Sultan Abdullah turut adakan pertemuan dengan pemimpin BN dan GPS
Nov 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu hari ini berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-10 yang masih buntu sehingga sekarang.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.



Ini diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) semalam.



BN diwakili Pengerusi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.



GPS pula diwakili Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); dan Datuk Seri Tiong King Sing daripada Parti Demokratik Progresif (PDP).



"Proses selanjutnya susulan daripada sesi menghadap hari ini, Seri Paduka Baginda telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok (hari ini), Khamis, 24 September 2022.



"Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Dalam pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, baginda menitahkan kedua-dua pemimpin membentuk Kerajaan Perpaduan.



Tan Sri Muhyiddin, bagaimanapun memaklumkan tidak mahu bekerjasama dengan PH, sejajar prinsip gabungan itu.



"Tuanku mencadangkan supaya kami (PN) bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, tetapi kami telah bincang perkara itu sejak awal lagi bahawa kami tidak akan bekerjasama dengan PH," katanya kepada media selepas pertemuan itu.



Sementara itu, Datuk Seri Anwar, pula menyatakan Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan keperluan mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan yang benar-benar mewakili semua kaum, agama dan wilayah.



"Baginda menzahirkan pandangan perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak supaya kerajaan itu kukuh dan boleh tumpu perhatian menjaga kepentingan rakyat dan memulih ekonomi.



"Kerajaan ditubuhkan kelak juga harus mewakili semua pihak, kaum dan wilayah. Maknanya, inklusif dalam erti kata sebenar.



"Ini semangat kerajaan perpaduan, yang kebetulan turut saya sebutkan semalam (kelmarin)," katanya kelmarin.



Keadaan politik di Malaysia tegang sejak pilihan raya umum berakhir pada 19 November lalu dengan masing-masing, PH, mahupun PN, gagal meraih majoriti 112 daripada 220 kerusi parlimen yang dipertandingkan.



Polis semalam melaporkan telah memberkas seorang lelaki yang dipercayai membuat hantaran berbaur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong.



Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi AstroAwani, mengesahkan penahanan tersebut.



Kelmarin, tular di media sosial tangkap layar Instagram Story dipercayai milik seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mempersoalkan kewibawaan dan mengancam keselamatan Seri Paduka Baginda.



Selain itu, polis menerima aduan berkenaan seorang individu menghina Yang di-Pertuan Agong.



Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, mengesahkan pihaknya menerima aduan itu. - BHM, AstroAwani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >