Subuh
5:43
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Dunia

Agong akan tentukan PM Malaysia seterusnya, bukan Parlimen

Feb 28, 2020 | 05:44 PM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia mengesahkan pada Jumaat (28 Februari) keputusan Speaker untuk tidak mengadakan Parlimen sebagai jalan keluar daripada kebuntuan politik yang melanda negara itu.

Sebaliknya, Yang di-Pertuan Agong akan menemu bual ketua-ketua parti bagi menentukan sama ada seorang calon dapat dijadikan perdana menteri.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong masih tidak yakin terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti anggota lain untuk membentuk kerajaan.

Perdana Menteri sementara Mahathir Mohamad pada Khamis mengumumkan sidang khas Parlimen yang dijadualkan pada Isnin untuk menentukan siapa mempunyai majoriti untuk jawatan Perdana Menteri.

Tetapi selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat pagi, Speaker Mohamad Ariff Mohamad Yusof berkata permintaan Tun Mahathir untuk mengadakan sidang Parlimen adalah tidak wajar kerana ia tidak mempunyai notis usul dan beliau memerlukan keputusan diraja untuk mengemukakan legislatif bagi memutuskan pembentukan sebuah kerajaan baru.

Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negeri Melayu telah berkumpul di Istana Negara pada awal Jumaat untuk membincangkan krisis itu.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian