Topik diikuti
Pergi ke BHkuAgong dapati tiada keperluan isytihar darurat
Oct 26, 2020 | 5:30 AM
Agong dapati tiada keperluan isytihar darurat
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah, menegaskan, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.
Dalam satu kenyataan Istana Negara semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara petang semalam.