Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong gesa semua pihak bantu mangsa banjir, patuhi peraturan Covid-19

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



MARAN (Pahang): Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengarahkan semua pihak termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menghulurkan bantuan sebaik mungkin kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Selangor.



Ini sedang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerahkan 5,000 anggotanya menerusi Op Murni bagi memberi bantuan kepada mangsa di enam negeri terjejas banjir.



Al-Sultan Abdullah yang melawat Pahang bagi melihat secara dekat keadaan banjir di Maran, Pahang, juga mengingatkan mangsa banjir supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk ketika berada di pusat pemindahan sementara (PPS).



Beliau berkata, walaupun sedang berdepan musibah banjir, mangsa perlu menjaga SOP ditetapkan pihak berkuasa, bagi mengelak berlakunya penularan baharu wabak Covid-19.



"Saya ingin nasihat walaupun keadaan ini susah dan ujian kepada kita, tetapi SOP perlu dijaga. Saya bimbang jika kita tidak ikut SOP, akan berlaku penularan Covid-19.



"Dalam keadaan banjir ini, khususnya di pusat pemindahan, semua harus patuhi SOP. Saya doakan keadaan di sini terus pulih," kata beliau.



Malah, penduduk Kampung Jeruas di Sega, Raub, kira-kira 225 kilometer dari sini, mempamerkan semangat gotong-royong yang tinggi apabila sedaya upaya membantu pengguna jalan yang terkandas kerana laluan ditenggelami air walaupun rumah sendiri dilanda banjir.



Seorang mangsa, Encik Zazali Nawi, 46 tahun, berkata beliau sekeluarga terkandas bersama-sama puluhan pengguna jalan raya lain sejak petang Ahad selepas sebahagian laluan dinaiki air, selain tidak boleh berpatah balik kerana dimaklumkan banyak jalan ditutup kepada lalu lintas.



"Terkandas di tempat asing tanpa sebarang persiapan memang mencemaskan, tapi penduduk di situ, walaupun sibuk menyelamatkan diri dan harta benda, tetap membantu kami.



"Mereka bertanyakan jika kami ada bekalan makanan dan sebagainya. Kami dibenarkan menumpang di surau dan masjid.



Di Ipoh, Perak, bilangan mangsa banjir di Perak turun kepada 630 mangsa daripada 177 keluarga setakat 1 tengah hari tadi berbanding 1,237 mangsa daripada 287 keluarga setakat 8 pagi semalam.



Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak berkata, penurunan angka berkenaan menjadikan enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Balun; PPS Slim Permai (Pejabat KEMAS) dan Slim Village di daerah Muallim.



Turut ditutup PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Tok Sirat, Sungai Siput dalam daerah Kuala Kangsar; selain Dewan Kampung Tanjung Keramat di daerah Hilir Perak serta DOR Kampung Batu di Daerah Kampar.



Penutupan enam PPS terbabit menjadikan hanya tujuh PPS masih dibuka di Perak setakat ini.



Di Johor Bahru, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurang 5,485 orang daripada 1,408 keluarga di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, sehingga 8 pagi semalam, berbanding 5,524 orang daripada 1,442 keluarga, malam kelmarin.



Pengerusi Kesihatan dan Sekitaran Johor, Encik R Vidyananthan berkata, Kota Tinggi dan Kluang kekal menjadi dua kawasan paling terjejas dengan 4,657 mangsa ditempatkan di 35 PPS.



Di Gua Musang, Kelantan, seorang budak lelaki berusia 12 tahun nyaris lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam longkang ketika hujan lebat di Taman Damar, malam kelmarin.



Mohd Fikri Ramadan, yang terkapai-kapai dibawa arus sejauh 200 meter bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh seorang peniaga dalam kejadian kira-kira 9 malam itu. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >