Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong isytihar darurat bagi Batu Sapi di Sabah, elak pilihan raya kecil demi cegah Covid-19

Nov 19, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia semalam mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi di Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19.



Pengumuman itu dibuat setelah Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan masalah tersebut.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Sultan Abdullah berpuas hati mengenai penjelasan Tan Sri Muhyiddin, yang menasihati berkenaan cadangan itu.



"Dalam sesi berlangsung selama satu jam bermula dari jam 4 petang, Perdana Menteri mempersembahkan nasihat beliau, susulan daripada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, berkenaan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sabah untuk ampun perkenan Seri Paduka Baginda," katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Berita Harian Malaysia.



Sehubungan itu, Datuk Ahmad Fadil berkata segala prosiding yang telah dimulakan bagi PRK Batu Sapi tidak akan diteruskan bagi tujuan mengekang dan menghalang berlakunya gelombang keempat penularan Covid-19 dan suatu tarikh lain akan ditetapkan bagi PRK itu.



Berdasarkan data SPR, jumlah pemilih berdaftar di Batu Sapi ialah 32,962 orang dan 3,170 daripada mereka berada di luar bahagian Parlimen itu, termasuk di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.



Dianggarkan 16,000 pemilih beralamat umum, iaitu tiada nombor rumah dan akan menyukarkan pelaksanaan undi pos.



"Perkenan Seri Paduka Baginda ini juga mengambil kira jumlah pemilih berdaftar yang tinggal di luar bahagian P.185 Batu Sapi yang dijangka akan merentas daerah dan negeri untuk pulang mengundi," kata Datuk Ahmad Fadil.



Dalam pada itu, beliau berkata Sultan Abdullah juga menasihati rakyat agar berdisplin dan memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >