Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong minta Anwar, Muhyiddin bentuk kerajaan perpaduan

Jawatan PM baru M’sia masih belum diputuskan; * Usulan bentuk kerajaan perpaduan ditolakMuhyiddin yang enggan bekerjasama dengan PH
Nov 23, 2022 | 05:30 AM



YANG di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, telah meminta pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ketua Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, membentuk kerajaan perpaduan menyusuli pertemuan di Istana Negara petang semalam.



Namun, kerajaan yang baru masih belum dibentuk, selepas usulan itu ditolak oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata PN enggan bekerjasama dengan PH.



Perintah Agong itu menyusuli langkah Barisan Nasional (BN) untuk kekal sebagai pembangkang dan tidak menyertai PH atau PN untuk membentuk kerajaan.



Ini bermakna PH dan PN masing-masing gagal meraih majoriti mudah atau 112 kerusi parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.



Sehubungan itu, 30 Anggota Parlimen BN, yang menang dalam pilihan raya umum Sabtu lalu, pula akan dipanggil ke Istana untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Abdullah pagi ini, menurut satu kenyataan Istana Negara.



Berita Harian (BH) juga diberitahu oleh Timbalan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri M. Saravanan, bahawa Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat, buat kali kedua, malam semalam di Menara Dato Onn. MIC adalah salah sebuah parti gabungan BN.



Meskipun dengan perintah pembentukan kerajaan perpaduan itu, Tan Sri Muhyiddin, dalam satu sidang media ringkas di kediamannya selepas pertemuan dengan Agong, menekankan sekali lagi prinsip perikatannya untuk tidak bekerjasama dengan PH.



Beliau menekankan bahawa ini merupakan pendirian PN sejak awal lagi.



"Apa tujuannya sekali pun, kami tidak setuju," kata Tan Sri Muhyiddin, sambil diapit pemimpin-pemimpin perikatannya, termasuk Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang.



Dalam pada itu, Datuk Anwar, ketika ditemui media di luar Istana Negara, pula menekankan belum ada sebarang keputusan dibuat berkaitan jawatan perdana menteri, sambil berkata beliau bersedia akur dan patuh dengan perintah Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan.



Mengulas mengenai pertemuan lebih sejam itu, Datuk Anwar juga menerangkan bahawa Sultan Abdullah telah menasihatkan kededua beliau dan Tan Sri Muhyiddin bahawa kerajaan yang bakal dibentuk nanti mestilah mewakili semua parti, kaum, agama dan wilayah.



"Saya menerima semangat kerajaan perpaduan ini. Beri kami sedikit masa dan bagi Agong mempertimbangkan dan dengan kebijaksanaannya, beliau akan membuat keputusan," tambah beliau.



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menegaskan bahawa persoalan mengenai penubuhan kerajaan minoriti tidak berbangkit ketika ini.



Ditanya mengenai sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menetapkan tempoh masa bagi mempertimbang pelantikan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Anwar memaklumkan pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh kepada Agong untuk membuat keputusan.



Sultan Abdullah telah meminta para pemimpin PH dan PN untuk menghadap beliau di Istana Negara, setelah tiada Ahli Dewan Rakyat yang didapati mendapat majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.



"Memandangkan tiada AP yang mendapat keyakinan majoriti mudah, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada 4.30 petang," kata kenyataan Istana Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >