Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong minta sidang Parlimen M'sia diadakan lebih awal

Ini bertujuan menentukan keabsahan Muhyiddin sebagai PM
Aug 12, 2021 | 05:30 AM



YANG di-Pertuan Agong dilaporkan telah menitahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat lebih awal bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri, dan bukannya pada 6 September ini seperti dijadualkan.



Perkara itu dikatakan telah disampaikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa pertemuan baginda dengan Tan Sri Muhyiddin di Istana Negara pagi semalam sebelum mesyuarat Kabinet minggu ini.



Hal ini yang memetik sumber yang dipercayai telah dilaporkan beberapa media tempatan semalam.



Susulan itu, Tan Sri Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan semua ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) petang semalam.



Liputan secara langsung oleh beberapa media tempatan menunjukkan pemimpin komponen PN memasuki Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi pertemuan yang berlangsung sekitar 5 petang hingga 7 malam itu.



Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang semalam menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan kaedah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam situasi pandemik Covid-19.



Penafian itu disertakan dengan gambar kenyataan media yang mengandungi dakwaan berkenaan, diedarkan melalui aplikasi kumpulan WhatsApp bersama media semalam.



Kedudukan Tan Sri Muhyiddin dipersoalkan selepas Umno menyatakan pendirian menarik sokongan terhadapnya.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam catatannya di Facebook petang semalam meminta lebih 20 ahli parlimen Umno yang menyokong Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan PN agar "insafilah kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat" dan "ingatilah juga kewajipan kita sebagai wakil rakyat dari Umno iaitu sentiasa memihak kepada rakyat, mengutamakan rakyat dan mementingkan rakyat," ujarnya.



Umno menyatakan ia tidak akan memecat ahli yang menyokong perdana menteri dan PN, malah mendedahkan sebelum ini bahawa ia mempunyai strategi tersendiri dalam memilih calon perdana menteri bagi mengetuai kerajaan baru jika Tan Sri Muhyiddin mengambil keputusan berundur.



Kedudukan Tan Sri Muhyiddin menjadi lebih tergugat apabila kesemua 105 ahli Parlimen pembangkang sebulat suara tidak menyokong kerajaan PN dan kepimpinannya.



PN menerima tamparan lebih hebat apabila Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, iaitu bapa saudara Al-Sultan Abdullah, meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh dengan serta-merta dan mengumumkan keputusannya kembali ke pangkuan Umno.



Pemeriksaan akhbar ini malah mendapati laman Facebook Tan Sri Muhyiddin tidak dikemaskinikan sejak 9 Ogos lalu dan belum ada kenyataan rasmi dari PMO Malaysia dan Istana Negara dikeluarkan sehingga 8 malam tadi.



Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi namun dua kerusi kosong berikutan kematian penyandangnya.



Untuk kekal majoriti, perdana menteri perlu mendapat sekurang-kurangnya 111 sokongan ahli parlimen.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >