Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong titah usaha seluruh masyarakat dipergiat turunkan jumlah kes Covid-19

Terima ratusan surat rintihan rakyat mahu sinar perubahan dalam kehidupan seharian
Sep 14, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam mendedahkan penerimaan ratusan pucuk surat daripada rakyat menyatakan kesengsaraan yang dialami mereka, terutamanya disebabkan pandemik Covid-19.



"Ratusan pucuk surat telah Beta terima dari rakyat Beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa..." katanya semasa berucap pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 semalam.



Disebabkan itu, Al-Sultan Abdullah menitahkan agar Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang baru dilantik, terus berusaha menurunkan kes jangkitan harian Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan segera.



"Menyedari hakikat itu, strategi 'whole of society effort' (usaha seluruh masyarakat) perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang berkesan.



"Beta mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memperkasa 'Agenda Nasional Malaysia Sihat' dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini," titahnya semalam.



Menurut Yang di-Pertuan Agong lagi, program pembangunan luar bandar juga terus ditingkatkan dan diperkasakan.



"Kerajaan hendaklah menentukan pelan strategik pembangunan luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang meliputi infrastruktur, ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar," titahnya.



Malaysia mencatatkan 1.8 juta kes jangkitan Covid-19 dengan hampir 21,000 daripadanya maut sejauh ini.



Sementara itu, 52.6 peratus atau 17,177,911 orang di Malaysia telah lengkap divaksinasi sejauh ini, sementara 65.4 peratus atau 21,372,278 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pertama.



Kerajaan Datuk Ismail Sabri sebelum ini menjanjikan usaha mempertingkat prestasi bagi setiap kementerian dalam 100 hari pertama pentadbirannya, menyentuh hal ini, Al-Sultan Abdullah menyambut baik langkah tersebut dan "menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan".



Malah dalam ucapannya, Al-Sultan Abdullah bertitah, pemilihan dan pelantikan Perdana Menteri kesembilan dilaksanakan berpandukan Perlembagaan Persekutuan.



Ini katanya, selaras konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, peluang diberi kepada semua 220 ahli Parlimen menerusi surat akuan Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan dilantik sebagai perdana menteri.



"Menerusi surat akuan itu, Beta mendapati seramai 114 ahli Dewan Rakyat memberikan kepercayaan kepada Datuk Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera.



"Pada 19 Ogos, setelah menerima menghadap semua 114 ahli Dewan Rakyat itu, beta berpuas hati bahawa kepercayaan diberikan kepada Ahli Parlimen Bera dengan kerelaan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan



Sementara itu, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat menyahut seruan dan titah Yang di-Pertuan Agong supaya memfokuskan usaha melawan pandemik Covid-19 dan memulih negara serta mensejahterakan semula kehidupan rakyat.



Ahli Parlimen Gombak, yang juga Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menzahirkan tekad mahu terus memberi komitmen bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia.



"Saya akan terus memberikan komitmen bagi mengukuhkan ekonomi demi masa depan Keluarga Malaysia," katanya menerusi laman media sosialnya, hari ini.



Mantan perdana menteri, juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak pula mengharapkan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang membuka tirainya semalam, "berjalan lancar dan membawa manfaat kepada semua rakyat". - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >