Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahli ekonomi sangkal ramalan Trump Amerika di ambang kemelesetan besar

Apr 04, 2016 | 03:05 PM



WASHINGTON: Ramalan Encik Donald Trump bahawa ekonomi Amerika Syarikat di ambang "kemelesetan sangat besar" diragui ahli ekonomi pada Ahad (3 Apr), yang mempersoal kiraan pesaing bagi calon pilihan raya presiden parti Republikan itu.



Dalam temu bual meluas dengan Washington Post yang disiarkan pada Sabtu, jutawan itu berkata gabungan kadar pengangguran tinggi dan pasaran saham terlebih nilai menyediakan pentas untuk satu lagi kemerosotan ekonomi.



Beliau berkata kadar pengangguran sebenar melebihi 20 peratus.



Namun, Ketua Ekonomi Amerika di UniCredit Research di New York, Encik Harm Bandholz, berkata: "Kita tidak menuju kemelesetan, besar mahupun kecil, dan kadar pengangguran bukan 20 peratus."



Kadar pengangguran rasmi telah berkurangan kepada 5 peratus daripada paras tertinggi 10 peratus pada Oktober 2009, menurut statistik pemerintah.



"Kemungkinan kemelesetan teruk akan berlaku sangat rendah, kurang daripada 10 peratus," kata Sung Won Sohn, seorang profesor ekonomi di Universiti Negeri California Kepulauan Channel di Camarillo.



"Jika ia berlaku, ia akan berpunca daripada apa yang berlaku di luar negara, terutama di China dan Eropah."



Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan, Encik Reince Priebus, berkata pada Ahad bahawa pengundi "takut" tentang keadaan ekonomi mereka, apabila ditanya mengenai kenyataan Encik Trump itu.



"Apabila orang dalam ketakutan dan apabila mereka marah, kadang-kadang mereka mengatakan perkara yang mereka akan kesali kemudian," katanya, merujuk kepada kenyataan Encik Trump.



"Yang benar ialah orang ramai bimbang tentang masa depan, dan setiap calon akan menyampaikan mesej mereka dalam cara berbeza."



Kejayaan Encik Trump menarik pengundi, walaupun kadang-kadang beliau mengatakan perkara yang kemudiannya disangkalnya sendiri, mengejutkan ramai tokoh terkemuka dalam partinya.



Sesetengah daripada mereka secara terbuka merancang menghalang beliau menjadi calon pilihan raya presiden Republikan semasa konvensyen kebangsaan parti itu pada Julai.



Namun, Encik Priebus menafikan spekulasi bahawa pemimpin Republikan akan berusaha mengetepikan Encik Trump dengan membantu seorang yang belum diisytihar sebagai calon tampil semasa konvensyen parti.



"Saya fikir calon kami ialah daripada kalangan yang sedang bertanding," kata Encik Priebus, merujuk kepada Encik Trump, Senator Ted Cruz Texas dan Gabenor Ohio, Encik John Kasich. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >