Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes serang bangunan Capitol di AS Januari tahun lalu:

Ahli kumpulan sayap kanan didakwa hasut serang

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Seorang ketua kumpulan Proud Boys dan empat lagi anggota kumpulan sayap kanan itu telah didakwa atas tuduhan menghasut berhubung serangan ke atas bangunan Capitol (Kongres) Amerika Syarikat pada 6 Januari 2021.



Henry "Enrique" Tarrio, 38 tahun, sudah pun menghadapi tuduhan lain berkaitan percubaan gagal penyokong mantan presiden Donald Trump untuk menyekat kemenangan pilihan raya presiden oleh anggota Parti Demokrat, Encik Joe Biden.



Satu dakwaan baru yang dikemukakan kelmarin menambah satu lagi tuduhan lebih serius berkaitan konspirasi menghasut terhadap Tarrio, bekas 'pengerusi kebangsaan' kumpulan Proud Boys, dan empat anggota lain.



Tarrio yang ditangkap di Miami pada Mac lalu juga didakwa atas tuduhan bersubahat dengan menghalang prosiding rasmi, menghalang penguatkuasaan undang-undang, memusnahkan hartanah pemerintah dan kesalahan lain.



Lebih 800 orang ditangkap berkaitan tindakan menyerbu bangunan Kongres oleh penyokong Encik Trump, menurut Jabatan Kehakiman, namun hanya segelintir menghadapi tuduhan konspirasi menghasut, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.



Stewart Rhodes, 56 tahun, pengasas satu lagi pertubuhan sayap kanan, Oath Keepers, telah didakwa atas tuduhan konspirasi menghasut bersama 10 anggota kumpulan itu.



Tiga anggota kumpulan tersebut telah mengaku bersalah.



Menurut dakwaan baru itu, Tarrio tidak berada di Washington pada 6 Januari 2021, tetapi dia bertemu dengan Rhodes pada 5 Januari di garaj tempat letak kereta bawah tanah di Washington dan berhubung dengan anggota Proud Boys yang menyerbu bangunan Capitol.



Bersama Tarrio, empat lagi anggota Proud Boys - Dominic Pezzola, 44 tahun; Joseph Biggs, 38 tahun; Ethan Nordean, 31 tahun; dan Zachary Rehl, 36 tahun - didakwa dengan konspirasi menghasut sebagai tambahan kepada tuduhan ke atas mereka sebelum ini.



Dakwaan itu dibuat tiga hari sebelum pendengaran awam oleh jawatankuasa pilihan Dewan yang sedang menyiasat kes serbuan bangunan Capitol itu.



Jawatankuasa itu cuba melihat sama ada Encik Trump atau anggota kumpulan kanannya memainkan peranan merancang atau menggalak serangan ganas itu, dan telah memanggil penasihat dan pembantu bekas presiden itu.



Serangan ke atas bangunan Capitol itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang mati dan 140 pegawai polis cedera menyusuli ucapan berapi-api oleh Encik Trump kepada ribuan penyokongnya berhampiran Rumah Putih.



Encik Trump telah didakwa sebanyak dua kali - satu rekod bersejarah- oleh Dewan Perwakilan Rakyat selepas kejadian rusuhan Capitol. Beliau didakwa menghasut pemberontakan, tetapi dibebaskan Senat, dengan hanya tujuh anggota parti Republikannya sendiri mengundi menentangnya.



Pada Februari lalu, Parti Republikan secara rasmi mengisytiharkan serangan 6 Januari 2021 ke atas Capitol dan peristiwa yang membawa kepadanya adalah "wacana politik yang sah".



Parti itu juga menegur dua penggubal undang-undangnya kerana paling lantang mengutuk rusuhan maut itu dan peranan Encik Trump menyebarkan pembohongan berkaitan pilihan raya presiden.



Dua penggubal undang-undang itu adalah Cik Liz Cheney bagi Wyoming dan Encik Adam Kinzinger bagi Illinois. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >