Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahli Majlis Bandaran Minneapolis iltizam buat perubahan ke atas jabatan polis

Jun 8, 2020 | 2:45 PM
MENGENANG MANGSA KEGANASAN: Seorang warga memegang sepanduk dengan potret George Floyd semasa acara memperingati pemergian mangsa keganasan polis di Minneapolis, Minnesota. Demonstrasi diadakan di seluruh Amerika Syarikat berikutan kematian Encik Floyd, 46 tahun, pada 25 Mei 2020 dalam tahanan polis.
MENGENANG MANGSA KEGANASAN: Seorang warga memegang sepanduk dengan potret George Floyd semasa acara memperingati pemergian mangsa keganasan polis di Minneapolis, Minnesota. Demonstrasi diadakan di seluruh Amerika Syarikat berikutan kematian Encik Floyd, 46 tahun, pada 25 Mei 2020 dalam tahanan polis. - - Foto: AFP

MINNEAPOLIS: Sebilangan besar ahli majlis bandaran di Minneapolis, Minnesota, telah memberitahu sebuah himpunan penunjuk perasaan di bandar itu bahawa mereka ingin membuat perubahan ke atas jabatan polis di bandar tersebut.

"Sudah jelas bahawa sistem kepolisian kita tidak menjaga keselamatan masyarakat kita," kata Cik Lisa Bender, presiden majlis bandaran Minneapolis yang merupakan antara sembilan daripada 12 anggota majlis yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

"Usaha kami untuk melakukan perubahan secara bertahap-tahap telah gagal, noktah."

Cik Bender berkata, beliau dan anggota majlis bandaran yang lain dalam perhimpunan tersebut beriltizam untuk "mengakhiri kepolisian seperti yang kita ketahui dan mencipta semula sistem yang benar-benar membuat kita selamat."

Anggota majlis, Encik Jeremia Ellison, berjanji majlis bandaran itu akan "membongkar" jabatan polis mereka.

Kematian Encik George Floyd semasa dalam tahanan polis Minneapolis pada 25 Mei lalu telah menyebabkan kemarahan sedunia terhadap tindakan ganas dan sikap perkauman yang berlaku di negara itu.

Ia mengakibatkan warga dunia mengadakan tunjuk perasaan di jalanan - dari Inggeris ke Sepanyol, Italy dan Australia - ketika demonstrasi menentang kekejaman polis dan perkauman memasuki hari ke-13 mereka.

Walaupun pertempuran ganas dan kecurian dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat, rata-rata penunjuk perasaan tampil dan menyuarakan bantahan mereka secara damai. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg