Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahli majlis Umno dakwa hubungan dengan Parti Amanah ibarat 'kawan makan kawan'

May 01, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengakui sukar untuk bersabahat dengan Parti Amanah Negara (Amanah) memandangkan parti itu bersikap 'kawan makan kawan'.



Komen itu merujuk tindakan Pengarah Komunikasi Amanah, Encik Khalid Abdul Samad, yang merayu supaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menolak pengampunan ke atas mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak.



Susulan tindakan itu, Dr Mohd Puad berkata, Amanah hanya layak menjadi kawan dalam politik dan bukannya sahabat dalam perjuangan.



"Memang susah bersahabat dengan Amanah. Hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan Kerajaan Perpaduan boleh kekal. Kawan makan kawan," katanya melalui Facebook, pada Ahad.



Encik Khalid melalui kenyataan dikeluarkan sehari sebelum Lembaga Pengampunan bersidang, dilapor berkata pengampunan untuk Encik Najib akan menghantar mesej yang salah kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.



Lembaga Pengampunan yang bersidang baru-baru ini tidak membincangkan mengenai petisyen rayuan pengampunan difailkan Encik Najib untuk diampun dan dibebaskan daripada penjara, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Ketika persidangan itu, petisyen pengampunan itu tidak dibentang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri selaku urus setia lembaga terbabit



Dalam pada itu, Dr Mohd Puad mendakwa Amanah sebagai tidak tertib dan seolah-oleh menghina budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam proses pengampunan diraja membabitkan Encik Najib.



Beliau berkata, Umno sendiri pun tidak pernah bising apabila Lembaga Pengampunan tidak membincangkan mengenai kes pengampunan Encik Najib ketika bersidang dua ha



Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, pada Ahad berkata semua parti berhak menyuarakan pandangan masing-masing, termasuk dalam isu pengampunanDatuk Seri Najib.



Dalam kes ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata kuasa tertinggi untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >