Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PEREBUTAN KERUSI TAMBUN, PERAK

Ahmad Faizal yakin pengundi pilih calon tempatan

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



ANAK jati Tambun dan penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yakin bahawa pengundi di kawasan itu akan memilih calon tempatan daripada kalangan mereka berbanding orang luar.



Dalam pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun, yang juga antara pertembungan paling hangat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Datuk Ahmad Faizal, yang lebih dikenali sebagai Peja, akan berdepan dengan tiga pencabar, termasuk pesaing paling hebat beliau, iaitu Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Dua pencabarnya yang lain ialah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah, serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Encik Abdul Rahim Tahir.



Bercakap dengan media, mantan Menteri Besar Perak itu berkata beliau dan pasukannya cukup mengenali penduduk Tambun sejak berkhidmat di situ empat tahun lalu.



"Pengundi di sini rapat dengan kami, saya orang tempatan dan calon kami bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini juga orang tempatan, jadi kami percaya (pengundi) akan memilih calon yang datang daripada kalangan mereka juga, anak tempatan.



"Saya juga yakin (pengundi) mengenali saya dan usaha yang telah saya jalankan di Tambun sepanjang empat tahun lalu.



"Walaupun tidak sempurna, saya yakin mereka tahu kami akan berusaha mempertingkat perkhidmatan kami dan kami tidak akan ke mana-mana.



"Saya berharap pengundi di Tambun mengutamakan pemimpin tempatan dan tentunya pemimpin tempatan itu pula datang daripada kalangan parti yang tidak menggalakkan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya," ujarnya.



Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak itu, PN juga amat bertuah kerana pemimpin mereka tidak langsung terpalit dengan masalah sedemikian.



Datuk Ahmad Faizal memenangi kerusi Parlimen Tambun atas tiket Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, dengan majoriti 5,320 undi.



Namun, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu keluar daripada PH bersama Bersatu menyusuli Langkah Sheraton pada 2020 yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PH ketika itu.



Mengulas tentang pesaing terhebat beliau dalam pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun dalam PRU15 ini, iaitu Datuk Anwar, beliau mengakui bahawa ini pertandingan yang cukup sengit namun berharap mereka boleh kekal sebagai kawan selepas 19 November nanti.



"Memang sangat sukar kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan nama besar.



"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun mahu beliau menjadi Setiausaha Agung. Boleh bayangkan tak?



"Tapi entah bagaimana, beliau memilih (bertanding di) Tambun. Jadi, saya ucapkan yang terbaik buatnya dan saya harap selepas 19 November, kami akan tetap berkawan kerana PN akan membentuk kerajaan," ujar Menteri Belia dan Sukan itu.



Ditanya Berita Harian apakah pendekatan yang akan diambilnya untuk berkempen kali ini, beliau berkata beliau akan terus memperkenal dirinya kepada penduduk serta perkhidmatan yang telah dijalankan di Tambun.



"Kami sekadar calon daripada PN tapi apa yang kami bawa ialah pasukan... yang mahu membawa kebaikan dan melawan segala kemungkaran.



"Harapan saya juga adalah agar kempen pilihan raya umum ini dapat dijalankan dengan penuh beradab dan berhemah agar kita dapat menjaga kestabilan politik di negara kita," kata Datuk Ahmad Faizal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >