Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15

Ahmad Zahid: BN sedia kerja dengan sebarang parti bentuk kerajaan

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



TEKA-TEKI SIAPA AKAN BENTUK KERAJAAN



KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan suatu isyarat penting daripada rakyat Malaysia kepada Barisan Nasional (BN), kata pengerusi perikatan itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan 179 daripada 219 kerusi Parlimen yang pertandingkan kelmarin, BN memperoleh 25 kerusi.



Ramai penyandang kerusi dan pemimpinan kanan BN telah dikalahkan. Perikatan itu juga kehilangan beberapa kerusi di kubu kuatnya.



"BN menerima dan menghormati keputusan rakyat. BN menyifatkan keputusan PRU kali ini sebagai isyarat penting yang diberikan rakyat kepada kita," kata Datuk Zahid dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan melalui agensi berita Bernama.



Beliau berkata BN tidak akan menumpukan perhatian untuk perkukuh kedudukannya, tetapi sebaliknya akan menangani cabaran-cabaran yang ada sekarang dan cuba memahami dengan lebih baik keperluan generasi baru.



Datuk Zahid juga berkata bahawa BN bersedia mengetepikan perbalahan masa lalu dan bekerja dengan sebarang parti untuk membantu membentuk sebuah kerajaan stabil.



"BN komited untuk menjalin hubungan yang baik antara negeri di semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.



"Kami bersedia untuk menjadi penghubung bagi mewujud satu hubungan yang kukuh," katanya.



Difahamkan bahawa Umno, tunggak perikatan BN, dijadual mengadakan mesyuarat biro politiknya pada tengah ari semalam, disusuli mesyuarat majlis tertinggi pada 3 petang.



Beberapa pemimpin negeri Umno dilihat tiba untuk menghadiri mesyuarat tersebut, yang berlangsung di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.



Antara yang pertama tiba ialah ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar.



Turut dilihat tiba ialah ketua perhubungan Umno bagi negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, dan ketua Umno negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said.



Juga dilihat hadir ialh pengerusi jawatankuasa perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Md Rauf Yusoh, dan anggota majlis tertinggi Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.



Analisis awal menunjukkan bahawa Perikatan Nasional (PN) berhasil merampas beberapa kerusi yang selama ini dikuasai oleh BN melalui Umno, di kawasan-kawasan pengundi majoriti Melayu.



Antara kerusi itu ialah Kepala Batas, Parit Buntar, Tanjong Karang, Kuala Krau, dan Putrajaya.



PN menyapu bersih semua kerusi Parlimen di Perlis (tiga), Kelantan (14), dan Terengganu (lapan).



Ekoran pencapaian terburuk BN itu, beberapa pemimpinnya, termasuk yang tidak dicalonkan untuk bertanding dalam PRU ini, telah mendesak supaya Datuk Zahid meletak jawatan.



Mereka termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz dan mantan ketua Umno negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.



Datuk Shahidan tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusinya di Arau.



Beliau kemudian keluar parti itu untuk bertanding di bawah Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan menang.



"Saya berharap Ahmad Zahid memberi peluang kepada (naib presiden Umno) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, untuk memimpin Umno.



"Perjuangan bagi memelihara hak Melayu dalam Umno dan PN adalah sama," kata Datuk Shahidan dalam satu sidang media sejurus selepas SPR mengumumkan kemenangan PN di Perlis. - Agensi berita.




DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI



Usia: 69 tahun
Jawatan parti: Presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN)




"BN menerima dan menghormati keputusan rakyat. BN menyifatkan keputusan PRU kali ini sebagai isyarat penting yang diberikan rakyat kepada kita."
- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >