Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahmad Zahid didakwa ketuai tanda tangan akuan bersumpah sokong Anwar jadi PM

Jun 27, 2022 | 08:06 PM



KUALA LUMPUR: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa wujud akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Anggota Parlimen (AP) parti itu untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.



AP Pasir Salak itu berkata usaha itu diketuai presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan beliau turut digesa menandatangani SD terbabit sehingga timbul isu jajaran baru ketika itu.



“Isu jajaran baru, ‘no Anwar, no DAP come on’, saya saksi hidup, ada SD ditandatangani untuk sokong Anwar jadi PM,” katanya dalam sidang media pada Isnin (27 Jun) berkaitan pemecatan beliau daripada Kerja Tertinggi (MKT) Umno.



Datuk Tajuddin berkata pendedahan itu dibuat hari ini (27 Jun) kerana perkara itu tidak didedahkan presiden Umno itu kepada ahli partinya.



“Saya saksi hidup. Ada diminta tandatangan surat sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.



“Kata ‘No DAP, No Anwar’ tetapi memang ada SD (Umno) sokongan Anwar kepada Istana. Saya diminta tandatangan.



“Mula-mula saya tak nak, tetapi dah masam muka, tandatangan juga,” katanya.



Selain itu, beliau juga mendedahkan wujud memorandum untuk meminta Datuk Ahmad Zahid melepaskan jawatan presiden parti.



Beliau berkata memorandum itu susulan pertemuan diketuai Timbalan Presiden Umno,



Datuk Seri Mohamad Hasan pada Mei 2020.

“Masa itu, kita buat satu memorandum minta Ahmad Zahid turun dengan baik demi kepentingan Umno. Kita bersetuju buat satu memorandum minta beliau turun dengan cara baik, bukan nak tendang beliau.



“Ketuanya siapa? Tok Mat (Datuk Mohamad), Bosku (Datuk Seri Najib Razak), kita kumpul lebih 130 ketua bahagian bersetuju. Di Perak, 18 ketua bahagian setuju,” katanya lagi.



Menurut beliau, pertemuan berkenaan berlangsung di rumahnya pada Mei 2020.

“Tok Mat setuju, Bosku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku belot,” katanya. 



Datuk Tajuddin kemudian menyimpulkan bahawa



Datuk Ahmad Zahid haru melepaskan jawatannya secara terhormat demi kepentingan parti.



Katanya, presiden Umno itu perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden Umno, untuk menjadi nakhoda parti itu. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >