Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahmad Zahid: BN belum runding dengan sebarang parti untuk tubuh kerajaan

Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi mohon tempoh serah perakuan bersumpah kepada Istana Negara dilanjutkan selepas 2 petang.
Nov 21, 2022 | 11:23 AM
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI -

Presiden Umno dan ketua Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya belum mengadakan rundingan dengan sebarang parti bagi menubuhkan kerajaan dan meminta supaya tempoh yang diberikan kepada parti-parti untuk menyerahkan perakuan bersumpah berhubung perkara itu dilanjutkan.

Istana Negara telah memberikan masa muktamad 2 petang pada 21 November bagi parti-parti menyerahkan perakuan bersumpan kepada Yang DiPertuan Agong.

"Tiada perbincangan diadakan (pada masa ini) terutama dengan pihak Perikatan Nasiona (PN), kata Datuk Ahmad Zahid.

"Segala keputusan hanya dibuat setelah jawatankuasa perundingan dengan bertemu dengan mana-mana pihak yang mahu membentuk kerajaan dan setelah dewan tertinggi BN memutuskan secara rasmi setelah mendengar semua maklum balas dari perundingan yang saya sebutkan tadi di mana tidk ada rundingan setakat ini yang telah dibuat oleh mana-mana pihak."

Datuk Ahmad Zahid berkata demikian di sidang media yang diadakan di Hotel Seri Pasific di Kuala Lumpur pada 21 November.

Beliau dan beberapa kepimpinan tertinggi BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, difahami berada di sana untuk mengadakan rundingan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg